GAMING | ESUKAN Dota 2 23savage sertai BOOM Esports sebagai pemain gantian.

23savage sertai BOOM Esports sebagai pemain gantian.

-

[#DOTA2] Bakat muda Thailand, Nuengnara “23savage” Teeramahanon akan sertai BOOM Esports dalam baki saingan Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Asia Tenggara musim ini.

Nuengnara “23savage” Teeramahanon akan sertai BOOM Esports dalam baki saingan Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Asia Tenggara musim ini.
Nuengnara “23savage” Teeramahanon akan sertai BOOM Esports dalam baki saingan Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Asia Tenggara musim ini.

Perkhabaran itu diumumkan oleh pasukan tersebut dalam satu penulisan media di laman media sosial rasmi mereka.

Memetik dari kenyataan tersebut, beliau bakal menjadi pemain luar Indonesia pertama yang akan bermain untuk BOOM Esports.

23savage yang boleh diberikan gelaran prodigy ini merupakan antara pemain terawal yang mencapat 11,000 mata solo MMR pada bulan Julai lalu.

Pernah menggemparkan dunia seketika apabila beliau juga menjadi pemain Thailand pertama yang mendapat tawaran bermain bersama pasukan China.

Namun begitu, Vici Gaming terpaksa menamatkan kontrak beliau seawal 3 bulan selepas itu gara-gara isu pandemik COVID-19 yang menyebabkan 23savage tidak berpeluang membuat debut bersama mereka.

Pemain teras utama itu pernah menjadi pemain gantian untuk beberapa pasukan sebelum ini antaranya pasukan Among Us dan juga Motivate.Trust Gaming.

23savage dijangka akan turun ke gelanggang buat pertama kali bersama skuad Indonesia itu pada hari lusa menentang Execration.

BOOM Esports dikhabarkan akan menandatangani kontrak tetap bersama beliau jika prestasinya menepati sasaran mereka.

Sumber: BOOM Esports

#BOOMID #DPC2021

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you