[#DOTA2] Aksi kelayakan tertutup zon Amerika Selatan semakin rancak dengan 3 pasukan sudah menempah tempat ke saingan utama Liga Div 1 DPC 2021 bermula 18 Januari nanti.
Pasukan tersebut adalah Omega Gaming, Team Unknown dan EgoBoys.
Bermain dalam dua fasa iaitu fasa 1 di peringkat liga manakala fasa 2 pula adalah pusingan playoff double elimination.
Omega Gaming mendominasi di peringkat liga dengan rekod sempurna 7 kemenangan tanpa tewas diikuti oleh Team Unknown di tangga kedua berbeza 1 kemenangan sahaja.
The Closed Qualifier group stage is finished and our top 2 teams advance to the Upper Division. The bottom 2 move to the Lower Division and the remaining four teams will face off in the playoffs to see which two will fill the remaining Upper Division slots.#OGADPC pic.twitter.com/wbaKZbazSh
— OGA Dota PIT (@OGADotaPIT) January 8, 2021
Pasukan di tangga ke-3 hingga ke-6 pula meneruskan saingan ke peringkat playoff manakala dua pasukan tercorot liga, Hokori dan juga Crewmates telah disingkirkan.
Dalam saingan playoff, 2 slot terakhir dipertaruhkan dengan EgoBoys telah meperoleh slot yang pertama selepas menamatkan saingan dengan rekod bersih 2 kemenangan.
EGOBOYS have managed to secure their place in Upper Division of OGA DPC SA Regional League Season 1.
Later today, three more teams will battle it out for the only remaining Upper Division slot. Losing teams will be relegated to the Lower Division for the duration of S1. #ogadpc pic.twitter.com/CiLFWCXPtq
— OGA Dota PIT (@OGADotaPIT) January 9, 2021
Slot terakhir untuk ke Liga Div 1 bakal ditentukan jam 7 pagi esok dengan perlawanan di antara 3 pasukan lower bracket iaitu Incubus Club, Infinity Esports dan juga Latan Defenders.
Menanti mereka di saingan utama ialah 4 pasukan yang sudah mendapat tiket jemputan terus iaitu SG Esports, Thunder Predator, Infamous serta Beastcoast.
Sumber: OGA
#DPC2021 #OGA #OmegaGaming #Unknown #EgoBoys
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!