GAMING | ESUKAN Dota 2 496 Gaming mengganas, Juara OMEGA League Asia

496 Gaming mengganas, Juara OMEGA League Asia

-

[#Dota2] Salah satu pasukan ‘underdog’ rantau SEA berasal dari Vietnam – 496 Gaming berjaya menjuarai OMEGA League Divine Division rantau Asia sebentar tadi benam Execration 3-1.

496 Gaming Omega League
496 Gaming Juara Omega League Asia Divine Edition.

469 Gaming bukanlah nama baru di dunia Dota 2 rantau SEA namun selepas perubahan roster tahun lepas, mereka kian menempah nama di pentas profesional. Omega League rantau asia merupakan gabungan dua rantau iaitu SEA dan juga China namun pasukan liga kali ini adalah untuk edisi Divine.


Edisi Divine rantau Asia OMEGA League disertai oleh pasukan tier 2 kebawah dimana liga untuk Edisi Immortal tidak dianjurkan untuk rantau Asia. Edisi Divine ini juga dianjurkan untuk rantau Americas dimana tiada edisi untuk Immortal disediakan. Ini kemungkinan kejohanan ESL One Thailand sedang dijalankan pada masa yang sama.


496 gaming masuk ke pusingan kalah mati dengan menjuarai peringkat liga 5-0 bermakna tiada satu siri pun mereka kalah di peringkat itu. Mereka benam pasukan For The Dream 2-1 dan pasukan Neon Esports 2-1 sebelum tempah tempat di pentas akhir.

Execration pula hampir tersingkir diperingkat kumpulan dimana mereka menghabiskan peringkat tersebut di tangga kedua terbawah mengatasi pasukan Cignal Ultra. Kembali mengalahkan pasukan Blaze dan tempah tempat dipusingan kalah mati.

Execration mengalahkan pasukan seperti Reality Rift, Aster.Aries, Ehome.Immortal dan juga Neon Esports sebelum berada di pentas akhir bertemu dengan 496 Gaming. Langkah Execration merupakan perjalanan yang amat jauh dari peringkat awal kalah mati sebelum hadir ke pentas akhir.

496 Gaming cuba untuk tumbangkan Execration 3-0 namun Excration bangun di perlawanan ketiga dimana combo Magnus dan juga Spectre berjaya menumpulkan strat 496 Gaming. Permainan Ken dan juga Palos berjaya memberi harapan kepada pasukan Filipina itu.

Malangnya, 496 Gaming tidak memberi peluang yang sama di perlawanan ke-4 dimana mereka kembali menggunakan Spectre untuk membalas dendam.

496 Gaming juara Omega League Asia Division bawa pulang lebih RM50,000 di tempat pertama manakala pasukan Execration bawa pulang lebih RM 30,000 di tempat kedua.

Sumber: Twitch WePlay

#496Gaming #OMEGALeague #WePlay #EPICEsports #SEADota #WePlayOmega #WePlayDota2

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

Skuad Dota 2 TNC Predator bubar, Mushi kekal?

Seluruh skuad Dota 2 TNC Predator umum bubar di laman sosial mereka namun jurulatih mereka Mushi tiada dalam pengumuman yang sama.

Tanpa skuad penuh, PSGLGD Juara OGA Dota Pit

PSGLGD juara OGA Dota Pit awal pagi tadi tundukkan Team Spirit 3-1 di pentas akhir bersama dengan jurulatih mereka iaitu Xiao8.

Dota 2, PUBG Mobile kini pingat rasmi Sukan Asia ke-19

Dota 2 dan PUBG Mobile antara esukan tersenarai yang akan dipertandingkan secara rasmi di Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China pada September 2022.

OGA Dota Pit, Tundra Esports – PSGLGD kembali berentap

OGA Dota Pit Invitational kembali dimana peminat Dota 2 bakal melihat pertembungan sekali lagi diantara Tundra Esports dan PSGLGD.

Tundra Esports juara ESL One Fall 2021, PSGLGD tumbang

Tundra Esports julang kejuaraan ESL One Fall 2021 Bootcamp Edition selepas kalahkan PSGLGD 3-2 di pentas akhir awal pagi tadi.

ESL One, Alliance tersingkir, tumbang di tangan T1

[#Dota2] Alliance tumbang 2-1 di tangan T1 dan tersingkir dari kejohanan ESL One Fall 2021 Bootcamp Edition awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you