GAMING | ESUKAN Dota 2 Adakah Kuroky akan cipta organisasi Dota 2 beliau sendiri?

Adakah Kuroky akan cipta organisasi Dota 2 beliau sendiri?

-

[#Dota2] Pemain pasukan gergasi Dota 2 Team Liquid semalam umum berpisah dengan organisasi itu namun kedua-dua pihak – Kuroky dan Team Liquid mengatakan masih akan beraksi di musim baru.

Team Liquid bersama Kuroky

Team Liquid merupakan salah satu pasukan Dota 2 yang berjaya di dalam sejarah Dota 2 sejak di bawah kepimpinan Kuro “KuroKy” Takhasomi. Kuroky membawa Team Liquid menjadi juara The International 7, 2 tahun lepas menjadikan mereka antara pasukan yang digeruni oleh pasukan-pasukan lain.

Walaupun kedua-dua pihak, pemain dan juga organisasi umum perpisahahan namun mereka tetap akan melibatkan diri didalam Dota 2 di musim baharu.

Roster Team Liquid termasuk Kuroky adalah, Maroun “GH” Merhej, Ivan Borislavov “MinD_ContRoL” Ivanov, Aliwi “w33” Omar, dan juga Amer “Miracle-” Al-Barkawi mendapat tempat kedua di The International 9 baru-baru ini yang dimenangi oleh pasukan Og Esports.

Walaupun mendapat tempat kedua yang menandakan prestasi mereka tersangatlah bagus, menjadi tanda tanya kenapa mereka berpisah dengan organisasi Team Liquid? Ini juga membuatkan peminat mengatakan bahawa Kuro akan tetap membawa pasukan / roster yang sama dan membina organisasi sendiri.

Perkara ini belum lagi diumumkan oleh pihak Team Liquid atau Kuroky sendiri, namun prestasi mereka di The International 9 membuatkan peminat seakan pasti bahawa mereka tetap akan bersama cuma akan bertanding di bawah bendera sendiri.

Kuroky ada menyebutkan bahawa beliau akan bermain dibawah organisasi ciptaan sendiri seperti semasa beliau di Team Secret dimana pemain membuat organisasi sendiri untuk bermain di Kejohanan Tier 1. OG juga merupakan organisasi ciptaan pemain dimana Tal “Fly” Aizik dan juga Johan “Notail” Sundstein keluar dari Team Secret [Kuro] dan cipta pasukan OG.

Ciptaan organisasi sendiri daripada pemain itu sendiri membuatkan pasukan itu lebih bebas untuk membuat keputusan, mengawal keadaan dan juga bebas dari organisasi korporat yang lain.

CEO pasukan Team Liquid Victor “Nazgul” Goossens juga ada mengatakan bahawa Kuroky merupakan ketua/Kapten yang paling terbaik beliau pernah bekerjasama dan beliau yakin dengan kepimpinan Kuro, beliau akan berjaya dengan plan masa depan nya.

Team Liquid juga pada masa yang sama umum akan mencari pasukan/roster baru untuk pasukan Dota 2 mereka dan kali ini kita akan dapat lihat Kuroky dan juga Mind_ControL buat kali pertama akan berlawan menentang bendera Team Liquid.

Didalam Video diatas, Kuro mengatakan beliau mempunyai beberapa pelan atau projek dimasa akan datang ini walaupun projek itu masih di tahap “Babyplan”.

Apa-apa pun, Tak sabar nak tengok siapa yang akan menyarung jersi Team Liquid dan melihat pasukan Kuro berentap dengan mereka di pentas kejohanan.

Baca tentang Team Liquid berpecah:

Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid umum berpecah

#TeamLiquid #Miracle #Kuroky #W33 #MindControl #GH #RoadtoTi10 #Dota2Roster #Dota2News #ChangesRoster

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

 

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Apex Legends musim 3 | Map baru, Legends baru dan banyak lagi!

Respawns Entertainment dan EA lancar Apex Legends musim ke 3 semalam dengan Map baru iaitu Worlds Edge, Legends baru - Crypto dan banyak lagi.

TNC Predator pasukan ke 7 dijemput ke ONE Dota 2 Singapore World Pro Invitational

One Esports umum TNC Predator akan sertai kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational hujung Disember nanti.

DreamLeague musim 12 dan ESL One Hamburg | Dua Kejohanan Dota 2 Oktober ini

Dreamleague Musim ke 12 dan ESL One Hamburg akan dijalankan dalam bulan Oktober ini. Kedua-dua kejohanan ini akan menawarkan jumlah hadiah lebih RM 2 Juta.

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses menjuarai Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Resolut1on umum sertai Virtus Pro, RodjER keluar

Virtus Pro umum kemasukan Oman "Resolut1on" Fominok sebagai posisi 3/Offlane manakala Vladimir "RodjER" Nikogosyan keluar dari pasukan berkenaan.

Sumail dan Yawar bersatu dalam satu pasukan | Quincy Crew

Sumail dan Yawar akan bermain untuk Quincy Crew bersama dengan Quinn ‘CCnC' Callahan, Arif ‘MSS’ Anwar dan Avery ‘SVG’ Silverman.

Must read

DreamLeague musim 12 dan ESL One Hamburg | Dua Kejohanan Dota 2 Oktober ini

Dreamleague Musim ke 12 dan ESL One Hamburg akan dijalankan dalam bulan Oktober ini. Kedua-dua kejohanan ini akan menawarkan jumlah hadiah lebih RM 2 Juta.
video

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses menjuarai Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Selangor Cyber Games 2019 kembali ! RM 215,000 jadi taruhan!

Selangor Cyber Games 2019 kembali menjadi pertaruhan untuk peminat-peminat esukan seluruh negara dan kali ini lebih RM 215,000 jadi taruhan! 

Geek Fam kini lancar Geek Academy

[#BeritaEsukan] Geek Fam kini ambil satu langkah kehadapan apabila mereka kini bersama-sama  dengan The Academy of Esports lancar Geek Academy

You might also likeRELATED
Recommended to you