GAMING | ESUKAN Dota 2 Adam '343' Syah bersama seluruh pasukan Dota 2 Compexity...

Adam ‘343’ Syah bersama seluruh pasukan Dota 2 Compexity Gaming dilepaskan

-

[#Dota2] Organisasi esukan Complexity Gaming umum pelepasan seluruh roster Dota 2 mereka termasuk pemain negara Adam 343 Syah.

Adam 343 Syah Foto Complextity Gaming

Pengumuman itu dibuat sehari selepas The International 9 berakhir dimana OG Esports menjadi juara 2 kali berturut-turut.

 Adam Syah pada mulanya menyertai organisasi Complexity Gaming sebagai jurulatih roster Dota 2 mereka pada tahun 2017, kemudian pulang ke rantau SEA untuk bermain bersama Fire Dragon. Pada Akhir tahun 2018 pula Adam kembali menjadi jurulatih untuk pasukan gergasi SEA Fnatic dimana Adam juga merupakan bekas pemain untuk kelab esukan itu.

Kerjaya Adam 343 Syah didalam dunia Dota 2 boleh dikatakan berjaya semasa beliau berada di dalam kelab Fnatic dimana beliau bersama 3 lagi pemain dari Malaysia termasuk Chai “Mushi” Yee Fung, Yeik “MidOne” Nai Zheng dan juga Khoo “Ohaiyo” Chong Xin berjaya sehingga mendapat tempat ke-4 di The International 6.

Kemudian Adam kembali ke Complexity Gaming sebagai pemain pada tahun lepas.

Setakat ini kelab sukan Complexity Gaming belum lagi mengumumkan apa-apa rancangan untuk roster pasukan Dota 2 mereka termasuklah Adam sendiri.

Sumber dan Foto:Twitter Complexity Gaming

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Resolut1on kekal | MoOz pelengkap roster baharu J.Storm

Perubahan roster masih rancak dimana kali ini, J.Storm pula mengambil bekas pemain BeastCoast - MoOz sebagai pelengkap roster dan Resolut1on kekal.

MMR | Valve ubah cara pengiraan, kiraan baru bermula !

Valve umum perubahan besar yang akan dilakukan di kemaskini akan datang dimana lebih fokus kepada pencarian 'Rank Match' dan juga pengiraan MMR. 

5 Pasukan Negara berentap di PMCO SEA FALL SPLIT 2019 Hari Ini

5 pasukan mewakili Malaysia akan bertanding di PMCO SEA FALL SPLIT 2019 bermula hari ini untuk jumlah hadiah lebih RM130,000!

Evil Geniuses | Abed kekal di mid, Ramzes666 kembali ke Offlane

Evil Geniuses umum pertukaran roster baru semalam dimana S4 dan Sumail ucap selamat tinggal, Abed dan Ramzes666 diucap selamat datang. 

Abed dan Ramzes666 pelengkap Evil Geniuses | S4 dan Sumail keluar

Evil Genuises mengumumkan roster baru mereka dengan kedatangan Abed dan juga Ramzes666 bermakna S4 dan juga Sumail tinggalkan EG.

Na’Vi dan VICI umum sertai ONE Dota 2 Singapore World Pro Invitational

One Esports umum 2 lagi kelab esukan Pro Dota 2 akan sertai One Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational iaitu Natus Vincere dan juga VICI Gaming.

Must read

MMR | Valve ubah cara pengiraan, kiraan baru bermula !

Valve umum perubahan besar yang akan dilakukan di kemaskini akan datang dimana lebih fokus kepada pencarian 'Rank Match' dan juga pengiraan MMR. 

Apex Legends Preseason Invitational | TSM Muncul Juara

[#ApexLegends] TSM kembali muncul juara mengalahkan 19 pasukan terbaik di pentas Apex Legends Preseason Invitational dan bawa pulang lebih RM400,000!

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

You might also likeRELATED
Recommended to you