Home News Adegan cameo di belakang tabir Stan Lee akan dikeluarkan – Marvel Studios

Adegan cameo di belakang tabir Stan Lee akan dikeluarkan – Marvel Studios

181

Stan lee merupakan seorang penulis komik yang sangat terkenal kerana hasil kerjanya seperti Spiderman, Iron Man, Black Panther dan banyak lagi yang dipopularkan oleh Marvel Cinematic Universe (MCU).

Beliau meninggal dunia pada 12 November 2018 akibat penyakit Pneumonia.

Avengers: Endgame merupakan episod terakhir dalam Marvel Cinematic Universe dan kerana itu, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige menyatakan Marvel telah menggabung kan semua adegan cameo Stan Lee didalam filem Marvel Universe.

Video itu akan dipamerkan sebagai tanda penghargaan beliau dalam menjadi penyebab dan pengaruh yang kuat didalam pembikinan MCU.

Adegan cameo yang akan digabungkan termasuklah adegan yang dipotong seperti di dalam Avengers yang pertama di kedai makan di mana ada adegan Captain America bersama.

Tarikh pengeluaran video kompilasi adegan cameo Stan lee ini belum dikeluarkan oleh pihak Marvel mahu pon Feige sendiri tapi video itu sudah dibikin dan akan dikeluarkan tidak lama lagi. EW.COM