[RASMI] G2 Esports telah memeterai perjanjian bersama Adidas sebagai pembekal barangan sukan buat mereka untuk tahun 2021.
Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan media bertulis di laman utama organisasi e-sukan Eropah tersebut.
Read more about our partnership with @adidas!https://t.co/z87cs3EZ53
— G2 Esports (@G2esports) January 14, 2021
“Meletakkan nama organisasi ini sebaris dengan nama besar seperti Manchester United, Real Madrid dan juga Bayern Munich adalah umpama mimpi menjadi kenyataan,” kata Carlos Rodriguez yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif G2 Esports.
HERE. WE. GO.
Our official G2 x adidas 2021 Pro Kit Jersey is available NOW!
🛒 https://t.co/EkftPOvt6x pic.twitter.com/fDC1v1BV1B
— G2 Esports (@G2esports) January 15, 2021
Naib Presiden Adidas Eropah Tengah, Bjorn Jager menyifatkan perjanjian ini merupakan titik tolak buat jenama ‘3 jalur’ tersebut untuk terus mengembangkan sayapnya dalam dunia e-sukan.
Sebelum ini Adidas sudah menaja beberapa pasukan e-sukan yang aktif dalam judul permainan CSGO antaranya Team Vitality, Team Heretics dan juga North Esports.
Buat pengetahuan umum, semenjak e-sukan mula meningkat naik, beberapa pembekal pakaian sukan besar dunia telah mula memberikan perhatian.
Terdahulu jenama barangan sukan Amerika Syarikat, Nike telah mengorak langkah dengan menjadi pembekal pakaian bagi kesemua pasukan yang bertanding di Liga Professional LOL (LPL) China.
Sumber: G2 Esports
#Adidas #G2
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!