GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Akibat penyelewengan wang, bekas pemain CSGO dihukum 116 tahun...

Akibat penyelewengan wang, bekas pemain CSGO dihukum 116 tahun penjara

-

[#CSGO] Bekas pemain CSGO profesional Shayene “shAy” Victorio yang berasal dari Brazil, dijatuhkan hukuman penjara selama 116 tahun mengikut laporan ESPN Brazil selasa lalu.

shAy, Foto Instagram

Beliau dijatuhkan hukuman penjara diatas tuduhan salah laku, penyelewengan dan penipuan wang yang dilakukan bersama bekas rakan kongsi sekitar tahun 2013 hingga 2017. Penyelewangan wang ini dilaporkan atas nama sebuah syarikat yang menjual barangan di atas talian.

Shayene dikatakan menjual barangan di atas talian menerusi syarikat tersebut kepada pembeli namun mereka tidak menerima sebarang barangan yang dibeli. Tuduhan penipuan ini melibatkan lebih 118 mangsa yang juga memberi keterangan didepan Hakim.

Tertuduh merupakan salah seorang bekas pemain profesional Counter Strike: Global Offensive dan juga merupakan antara pelopor esukan berkenaan untuk kaum wanita di negara tersebut.

shAy bersara sebagai pemain profesional dari pasukan Vivo Keyd May tahun lepas yang juga diumumkan di laman twitter rasmi pasukan berkenaan.

Beliau kembali menjadi streamer selepas bersara daripada dunia profesional CSGO.

Namun segala pertuduhan ini masih lagi dipetah oleh peguam beliau:

“shAy is now the target of defamation on the internet, with people creating fake pages to attack her, simply for the purpose of gossip and malevolence,” “We will appeal against the sentence that we consider inhumane, awaiting a new decision and under the guise of the principle of innocence, as it can only be someone found guilty, when the sentence is final.”  kata peguam shAy, Antônio Carneiro.

shAy berkata hukuman dan tuduhan yang diterima beliau adalah tidak masuk akal kerana beliau merupakan seorang streamer dan menjalani kehidupan berdasarkan “Imej” beliau. Perkara seperti yang dituduh tidak akan dilakukan oleh seseorang dengan “imej” seperti beliau kerana beliau dikenali ramai dan orang ramai tahu akan aktiviti seharian beliau di stream.

shAy masih belum ditahan dan mengikut undang-undang di Brazil, hukuman penjara maksima yang boleh dikenakan kepada seseorang adalah hanya 30 tahun.  Beliau juga masih boleh merayu diatas tuduhan beliau.

Sumber: ESPN Esports

#shAy #CSGOPro

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Akibat penyelewengan wang, bekas pemain CSGO dihukum 116 tahun penjara

[#CSGO] Bekas pemain CSGO profesional Shayene “shAy” Victorio, dijatuhkan hukuman penjara selama 116 tahun mengikut laporan ESPN Brazil selasa lalu.

DOTA Summit 12, RM600,000 jadi taruhan

[#Dota2] Beyond The Summit anjur kejohanan DOTA Summit 12 yang akan diadakan di Los Angeles pada 10 sehingga 13 March 2020.

EternaLEnVy kembali ke Cloud9, vtFaded tidak aktif

[#Dota2] EternaLEnVy kembali ke pasukan Cloud9 selepas 6 bulan berhempas pulas dengan pasukan Fighting Pandas, vtFaded pula menjadi pemain simpanan (bench).

TNC Predator sertai ESL One Birmingham, ikuti OG

TNC Predator menjadi pasukan kedua jemputan ke ESL One Birmingham 2020 selepas OG umum sebagai pasukan pertama hadir ke kejuaraan tersebut.

ONE Esports anjur kejohanan kedua Jakarta Invitational

[#Dota2] One Esports umum anjur kejohanan kedua ONE Esports Dota 2 Jakarta Invitational yang akan diadakan pada November 2020.

Na’Vi benam G2 Esports 3-0, Juara IEM Katowice

Na'Vi Juara IEM Katowice CSGO World Championship semalam selepas benam G2 Esports 3-0 di pentas akhir kejohanan itu semalam.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you