GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Aleksib dan JACKZ semakin pasti tinggalkan G2 Esports.

Aleksib dan JACKZ semakin pasti tinggalkan G2 Esports.

-

[#CSGO] Terdapat laporan menyatakan bahawa G2 Esports tidak akan membawa Aleksi Virolainen (Aleksib) dan Audric Jung (JACKZ) ke saingan BLAST Premier: Fall Groups 2022 kerana 2 pemain baru akan menyarung jersi mereka.

Terdapat laporan menyatakan bahawa G2 Esports tidak akan membawa Aleksi Virolainen (Aleksib) dan Audric Jung (JACKZ) ke saingan BLAST Premier: Fall Groups 2022 kerana 2 pemain baru akan menyarung jersi mereka.
Terdapat laporan menyatakan bahawa G2 Esports tidak akan membawa Aleksi Virolainen (Aleksib) dan Audric Jung (JACKZ) ke saingan BLAST Premier: Fall Groups 2022 kerana 2 pemain baru akan menyarung jersi mereka.

Sebelum ini Aleksib dan JACKZ menerusi laman Twitter mereka ada mengatakan bahawa mereka telah dibenarkan untuk mencari peluang yang baru di luar dan hampir pasti tidak akan bersama G2 Esports lagi selepas ini.

Dalam pada yang sama 2 pemain yang digembar-gemburkan akan mengisi kekosongan tersebut ialah bekas pemain Copenhagen Flame, Rasmus Nielsen (HooXi) dan pemain kelahiran Australia, Justin Savage (Jks).

HooXi adalah calon yang terbaik bagi menggantikan Aleksib yang juga merupakan ketua pasukan tersebut dengan pengalaman beliau memimpin pasukan dari Denmark itu.

Copenhagen Flame berkedudukan di tempat ke-9 hingga ke-11 dalam kejohanan PGL Stockholm Major dan naik ke kelompok ke-5 hingga ke-8 dalam kejohanan PGL Antwerp Major.

Pencapaian tersebut adalah sesuatu yang harus boleh dibanggakan HooXi selaku ketua pasukan memandangkan mereka bukanlah satu pasukan yang serba lengkap ketika itu.

Bagi JKS pula, beliau semestinya mahu mengembalikan era kegemilangannya dan menjuarai IEM Katowice pada Februari lalu bersama FaZe Clan merupakan titik tolak naiknya semula semangat dan keyakinan beliau.

Kini, G2 Esports hanya mahu menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kemasukan kedua-dua pemain ini sebelum kejohanan anjuran BLAST Premier itu berlangsung pada 19 Ogos nanti.

Sumber: HLTV

#G2ARMY #G2

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Champions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2022 yang berlangsung di kota Istanbul, Turki itu diteruskan dengan 3 pasukan iaitu Leviatan, OpTic Gaming serta DRX sudah melepasi peringkat kumpulan.

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you