GAMING | ESUKAN Dota 2 Alliance dan Team Nigma ikut Team Secret layak ke...

Alliance dan Team Nigma ikut Team Secret layak ke kejohanan Singapore Major.

-

[#DOTA2] Pasukan Alliance dan Team Nigma berjaya menempah tempat ke kejohanan Singapore Major selepas menamatkan saingan Liga Div 1 DPC Eropah di tempat ke-2 dan ke-3.

Pasukan Alliance dan Team Nigma berjaya menempah tempat ke kejohanan Singapore Major selepas menamatkan saingan Liga Div 1 DPC Eropah di tempat ke-2 dan ke-3.
Pasukan Alliance dan Team Nigma berjaya menempah tempat ke kejohanan Singapore Major selepas menamatkan saingan Liga Div 1 DPC Eropah di tempat ke-2 dan ke-3.

Pada perlawanan terakhir liga awal pagi tadi, Team Nigma bertemu dengan pasukan yang sudah tersingkir ke Div 2 iaitu High Coast Esports (HCE).

Mereka sedar hanya kemenangan sahaja dapat membantu mereka untuk layak bermain di Singapura nanti.

Kombo Io dan Weaver dalam permainan pertama menjadi tunjang kekuatan taktikal Team Nigma walaupun cuba diberikan tentangan hebat oleh HCE.

Aliwi “w33” Omar yang dilihat sedikit tertekan di jalur tengah pada awal permainan berjaya menemui rentak di penghujung perlawanan untuk membantu pasukannya memenangi mata yang pertama.

Bersambung ke permainan seterusnya, kapten pasukan, Kuro Salehi “KuroKy” Takhasomi menggunakan Monkey King sebagai hero sokongan dan hasilnya sangat baik.

Kemahiran mobiliti yang ada pada hero tersebut dapat membantu Team Nigma melakukan beberapa serang hendap yang sangat menarik.

Selepas 36 minit bertarung, akhirnya kemenangan mutlak 2-0 menjadi milik mereka untuk mengesahkan tempat ke kejohanan Major pertama tahun ini.

Perkara itu juga dibantu dengan kemenangan Alliance yang membenam cabaran Team Liquid 2-1 dalam perlawanan seterusnya.

Alliance kekal di tangga ke-2 dan layak bermain di peringkat kumpulan saingan Singapore Major nanti manakala Team Nigma dan satu lagi pasukan akan bermain di fasa kad liar.

Sumber: DreamHack DOTA

#SingaporeMajor #TeamNigma #Alliance

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you