[#DOTA2] Personaliti dan pengulas DOTA 2 Malaysia, Leon “Arthur” Lee dilantik sebagai pembantu jurulatih buat skuad DOTA 2 antarabangsa, Alliance.
Perkara itu diumumkan melalui kiriman di laman media sosial rasmi organisasi e-sukan tersebut.
𝐃𝐢𝐯𝟏 𝐃𝐨𝐭𝐚 𝐢𝐬 𝐁[𝐀]𝐂𝐊!🐀
🇧🇬 @NikoDOTA
🇷🇴 @Alliancew33
🇬🇧 @alliancesym
🇮🇱 @AramisDota2
🇧🇬 @CTOMAHEH1 (C)𝘾𝙤𝙖𝙘𝙝𝙞𝙣𝙜
🇸🇪 @LodaBerg
🇲🇾 @LeonArthurDota #LongLiveAlliance pic.twitter.com/IoxfCqobKP— Alliance 🐀 (@theAllianceGG) June 6, 2022
Arthur sebelum ini dikenali sebagai pencipta kandungan (content) permainan serta pengulas jemputan untuk aksi DPC Asia Tenggara.
Bermula sebagai streamer, beliau berjaya mendapatkan perhatian peminat DOTA 2 tempatan dengan cara beliau berinteraksi bersama penonton ketika menemu bual beberapa pemain professional.
Kini tugas Arthur adalah membantu ikon DOTA 2, Jonathan “Loda” Berg untuk menempuhi cabaran Divisyen 2 DPC Eropah Barat bagi membuka peluang untuk layak ke kejohanan dunia The International 2022.
Sumber: Alliance
#LongLiveAlliance #Alliance
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!