Home Sentrum Tech Aplikasi iOS terbaik 2020 – Sukan

Aplikasi iOS terbaik 2020 – Sukan

321
Aplikasi iOS Terbaik 2020 -Sukan, Foto Sentrum Tech
Aplikasi iOS Terbaik 2020 -Sukan, Foto Sentrum Tech

[#TechTipsBySentrum] Senarai aplikasi iOS terbaik pilihan editor Sentrum Tech! Siri kali ini lebih fokus kepada kategori sukan mahupun e-sukan.

Lihat Artikel berkaitan sebelum ini Aplikasi iOS terbaik 2020 – Kewangan

Aplikasi iOS terbaik 2020 – Kewangan

Aplikasi iOS Terbaik 2020 -Sukan, Foto Sentrum Tech
Aplikasi iOS Terbaik 2020 -Sukan, Foto Sentrum Tech

Untuk makluman bersama, sukan ini terbahagi kepada dua iaitu sukan dan e-sukan. Sukan yang semua sedia maklum adalah seperti bola sepak, badminton, bola jaring dan bermacam lagi sukan fizikal. Manakala e-sukan adalah singkatan bagi “electronic” dalam erti kata lain persaingan sukan “video games”. Genre e-sukan seperti “multiplayer online battle arena(MOBA)”, “first-person shooter(FPS)”, “battle royale” dan “real-time strategy(RTS).

Aplikasi iOS terbaik 2020 kategori sukan pilihan editor:

  • Forza Football

Forza Football merupakan fokus aplikasi untuk peminat bola sepak. Semua jadual perlawanan, pemain, pasukan mengikut liga akan dikemaskini di dalam aplikasi ini berserta dengan video atau berita.

Anda boleh memilih “Favourite team” dan “Favourite Player” anda didalam aplikasi ini.

  • Strava

Strava ini fokus untuk pengiat sukan. Anda boleh merakam aktiviti untuk mendapatkan data aktiviti sukan anda. Antara sukan yang ada didalam aplikasi ini adalah seperti “run”, “ride”, “hike”, “swim” dan pelbagai lagi.

Tujuan data-data aktiviti sukan ini adalah untuk anda menilai & menjaga kadar jantung, kiraan kalori, kelajuan dan jarak kejauhan. Pelbagai lagi data yang boleh dirakamkan bergantung kepada aktiviti sukan anda.

  • Strafe

Strafe ini pula untuk peminat e-sukan. Segala info e-sukan seperti jadual perlawanan, pemain, pasukan mengikut liga akan dikemaskini di dalam aplikasi ini berserta dengan video.

Anda juga boleh memilih “favourite” e-sukan, “favourite team” dan “favourite player” anda didalam aplikasi ini. Info-info yang diberikan sangat cepat dan tepat.

  • Relive

Relive ini juga fokus untuk pengiat sukan seperti fungsi aplikasi Strava. Kelebihan aplikasi ini ialah mencipta data sukan anda dalam berbentuk pelbagai video menarik.

Anda boleh cuba meneroka aplikasi ini dengan lebih dalam selepas “install” diruang telefon pintar anda.

Semoga aplikasi pilihan kami ini akan menjadikan anda terus aktif dan kekal cergas dari segala aspek mental dan fizikal. Majulah Sukan untuk Negara dan diri sendiri.

Macam mana pilihan kami? Menarik tak? Ada aplikasi lain korang nak tambah?

Nak tau lebih lanjut tentang aplikasi tersenarai, boleh pm kami.

Sumber: App Store

#appstore #SentrumTech #TechTipsBySentrum #ForZaFootball #Strava #Strafe

Jangan lupa support page Sentrum Tech untuk info terkini dan juga content menarik!