[#CSGO][#BerlinMajor] Astralis muncul Juara selepas benam pasukan AVANGAR yang seperti tidak melawan di dalam siri 2-0 dan bawa pulang lebih RM 2 Juta.
Astralis menang perlawanan pembukaan dengan membuli pasukan Avangar 12-3 di separuh masa pertama di MAP Inferno. AVANGAR cuba untuk kembali di CT-side tetapi gagal apabila permainan mantap oleh Astralis memenangkan mereka dengan mudah dengan mata 16-6.
Champions 🏆🏆 @astralisgg#StarLadderMajor #BerlinMajor #StarLadderCSGO #CSGO pic.twitter.com/SjKSzScSUX
— StarLadder CS:GO (@StarLadderCSGO) September 8, 2019
Di Map kedua pula, AVANGAR kelihatan seperti dapat untuk mendominasi pasukan Astralis kerana menang di pusingan pistol. Ternyata itu hanyalah harapan palsu kepada peminat-peminat mereka. AVANGAR gagal dapatkan momentum seperti mana mereka dapat sebelum-sebelum ini dalam perjalan mereka ke pentas Final.
Astralis bermain dengan kemas dan prestasi setiap pemain memang betul-betul melayakkan mereka untuk memenangi perlawanan kedua di MAP Dust 2. Mereka sekali lagi benam pasukan AVANGAR di Dust 2 dengan mata 16-5.
Pemain Astralis Nicolai “device” Reedtz dinobatkan sebagai MVP pertandingan!
Kemenangan ini menandakan Astralis sudah lebih 4 kali memenangi pertandingan Major CSGO.
Berikut adalah sedikit senarai tentang Major yang Astralis telah menangi:
ELEAGUE Major Atlanta: Astralis
PGL Major Krakow: Gambit
ELEAGUE Major Boston: Cloud9
FACEIT Major: Astralis
IEM Katowice 2019: Astralis
StarLadder Major: Astralis]
Apa-apa pun Tahniah diucapkan kepada Astralis.
Sumber: Starladder
#AVANGAR #Astralis #CSGOMajor #StarladderMajor #StarladderMajorBerlin2019 #CSGOStarLader #Starladder
Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini CSGO dan juga content yang menarik!