GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang...

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

-

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

AVANGAR Juara Blast Pro Series Foto Blast Pro

Selepas kalah teruk di pentas akhir Starladder dengan Astralis, AVANGAR kembali menunjukkan bahawa pasukan mereka masih berbisa dengan menjuarai Blast Pro Series yang diadakan di Moscow, Russia.

 Map yang pertama – OVERPASS, AVANGAR menang di separuh masa pertama sebagai T-side walaupun forZe mendominasi di awal permainan sebagai CT-side.

Dominasi berterusan apabila AVANGAR kembali di separuh masa kedua sebagai CT-side dengan mengawal ketat perjuangan forZe untuk memasang Bom. AVANGAR menang map pertama dengan mata 16-13.

Awp Jame sangat berbisa di Map pertama:

Pasukan forZe kembali bertarung di Map kedua iaitu di Inferno dimana mereka menang 16-12. AVANGAR cuba untuk tembus pertahanan forZe namun tekanan yang dihadapi untuk bawa ke perlawanan ketiga amat kuat dari forZe.

Peluang AVANGAR untuk menang cerah apabila di perlawanan ke -3 di Dust 2, forZe kelihatan lemah dan tidak bermaya. Prestasi mantap dari Timur “buster” Tulepov menjanjikan separuh masa pertama milik AVANGAR dengan mata 11-4.

 AVANGAR tidak memberikan sebarang peluang walaupun forZe cuba untuk dapatkan kembali momentum perlawanan. AVANGAR membenam forZe di Map ketiga dengan mata 16-6.

AVANGAR menang keseluruhan perlawanan 2-1 dan dijulang menjadi Juara Blast Pro Series edisi Moscow. AVANGAR bawa pulang lebih RM500,000 dan juta 10 mata di dalam Blast Pro Series yang akan membantu mereka untuk ke Pentas utama di Bahrain kelak.

Tahniah juga diucapkan kepada Dzhami “Jame” Ali kerana memenangi MVP perlawanan.

AVANGAR Jame Foto Blast Pro

Keputusan penuh BLAST Pro Series Moscow 

1.  AVANGAR – $125,000
2.  forZe – $50,000
3.  NiP – $25,000 (+$20,000 from Stand-off)
4.  MIBR – $15,000
5.  ENCE – $10,000
6.  Natus Vincere – $5,000

Sumber: Blast Pro Series

#AVANGAR #forZe #BlastProSeries #BlastProSeriesMoscow #CSGONews #Jame

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini CSGO dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you