Home GAMING | ESUKAN Mobile Legends Bangkit dari tidur, Todak mengganas benam Impunity KH 2-0.

Bangkit dari tidur, Todak mengganas benam Impunity KH 2-0.

344

[#MLBB] Umpama bangkit dari tidur yang lama, pasukan Todak serta merta mengganas menewaskan Impunity KH 2-0 untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan kumpulan B kejohanan dunia M2.

Todak menewaskan Impunity KH 2-0 dalam saingan kumpulan B kejohanan dunia M2.
Todak menewaskan Impunity KH 2-0 dalam saingan kumpulan B kejohanan dunia M2.

Tewas 0-2 sebelum ini kepada pasukan Omega semestinya mahu ditebus mereka dalam pertemuan menentang pasukan Kemboja.

Menggunakan format best of 3, Todak garang dalam perlawanan pertama dan hanya memerlukan 12 minit sahaja untuk membenam pasukan lawan.

Impunity KH telah gagal menggunakan Brody dengan baik dan perkara itu dihukum sepenuhnya oleh pasukan Malaysia.

Beraksi di perlawanan kedua dan kali ini Todak pula diberikan peluang menggunakan Brody kepada Ciku.

Skrip yang sama ditampilkan dengan taktikal kemas, agresif dan bersih ditampilkan berjaya menamatkan perlawanan dalam masa 10 minit dengan nilai KDA milik Ciku 10/1/3.

Kemenangan ini juga membolehkan Todak merapatkan kedudukan di tangga teratas bersama pasukan Omega yang mempunyai kelebihan 1 perlawanan lagi.

Sumber: ML Esports

#TodakLanggar #ImpunityKH #M2 #JoinTheFight

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!