[#LOL] Bekas juara dunia League of Legends, Lau “Toyz” Wai Kin dilaporkan mengaku bersalah dalam satu dakwaan mengedar dan menjual dadah di Taiwan.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Central News Agency (CNA) Taiwan, bekas pemain professional itu telah didakwa mengenai kesalahan berikut pada 16 Jun yang lalu di Pejabat Pendakwaraya Daerah Taichung, Taiwan.
Toyz yang ditemain oleh peguamnya, Lin Tingyang memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam keadaan tertekan selepas keluar daripada pusat pemulihan dan kesempitan tersebut membuatnya kembali ke kancah dadah.
Pada tahun 2019, Toyz sebelum ini sudah pernah dituduh terlibat dalam satu sindiket mengguna dan menjual dadah jenis THC menerusi internet.
Mengikut laporan pada September 2021 pula, beliau sekali lagi dikaitkan dengan bahan berbahaya tersebut apabila rumahnya di Taiwan digeledah oleh pihak berkuasa dan menjumpai ganja yang diklasifikasikan sebagai dadah kelas kedua.
Toyz akhirnya diberkas oleh pihak polis selepas mereka menjumpai bukti bahawa beliau dan tujuh lagi individu telah melakukan aktiviti jual beli berkenaan dengan bahan terbabit.
Sehingga hari ini, mahkamah Taiwan masih belum lagi menetapkan hukuman yang jelas terhadap bekas pemain Taipei Assassin itu.
Sumber: CNA Taiwan
#Toyz #TaipeiAssassins
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!