GAMING | ESUKAN Dota 2 Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid...

Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid umum berpecah

-

[#Dota2] Berakhirnya sebuah era apabila pasukan tier 1 Dota 2 Team Liquid umum berpecah sebentar tadi di laman rasmi sosial media mereka.

Team Liquid Berpecah FOto Team Liquid

Perpecahan setiap pemain dari pasukan Team Liquid ini dipercayai atas permintaan masing-masing mengikut keterangan CEO Team Liquid, Victor “Nazgul” Goossens.

Roster pemain Team Liquid sebelum ini merupakan:

  • Amer “Miracle-” Al-Barkawi
  • Aliwi “w33” Omar
  • Ivan “MinD_ContRoL” Ivanov
  • Maroun “GH” Merhej
  • Kuro “KuroKy Takhasomi
  • coach: Roman “rmN-” Paley

Berikut merupakan kenyataan rasmi CEO Team Liquid:

“Selepas empat tahun di bawah organisasi Team Liquid, pasukan Dota 2 kami telah memutuskan untuk meneruskan impian baru ini dengan membina sebuah pasukan mereka sendiri. Walaupun ia sangat menyedihkan hati saya untuk berpisah dengan pasukan Dota 2 terbaik dunia, saya berbangga dengan tahun-tahun yang tidak dapat dilupakan yang kami habiskan bersama-sama, termasuk kehebatan, rekod dan kenangan yang tak terhitung jumlahnya.”

Kuro dipercayai akan meneruskan perjalanan Dota 2 beliau dengan bergerak secara sendiri bersama dengan bekas pemain Team Liquid yang lain namun belum ada apa-apa lagi kenyataan rasmi dibuat setakat ini.

Sementara itu, pasukan Team Liquid akan teruskan perjalanan Dota 2 mereka dengan mencari bakat baru atau yang lain untuk memenuhi kekosongan roster ini di musim baharu.

Team Liquid yang telah berpecah ini memenangi The International 7 dan hanya menukar seorang pemain mereka iaitu MATUMBAMAN kepada W33. Bersama-sama W33, Team Liquid mendapat tempat kedua di The International 9 baru-baru ini selepas dikalahkan oleh pasukan OG Esports.

 

Sumber: Team Liquid

#TeamLiquid #Miracle #Kuroky #W33 #MindControl #GH #RoadtoTi10 #Dota2Roster #Dota2News #ChangesRoster

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Adakah Kuroky akan cipta organisasi Dota 2 beliau sendiri?

Pemain Team Liquid semalam umum berpisah dengan organisasi itu namun kedua-dua pihak - Kuroky dan Team Liquid mengatakan masih akan beraksi di musim baru.

TNC Predator lengkap dengan kehadiran Kpii dan March

Selepas pengumuman pelepasan Kuku dan juga Eyyou dari pasukan TNC Predator, pasukan gergasi rantau SEA itu umum kemasukan Kpii dan juga March.

Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid umum berpecah

[#Dota2] Berakhirnya sebuah era apabila pasukan tier 1 Dota 2 Team Liquid umum berpecah sebentar tadi di laman rasmi sosial media mereka.

TNC Predator | KUKU dan Eyyou dilepaskan

[#DOTA2] Kelab esukan gergasi SEA - TNC Predator lepaskan dua pemain DOTA 2 mereka iaitu Carlo "Kuku" Palad dan juga Nico "eyyou" Barcelon.

Liga Fantasi Sentrum : WILDCARD UPDATED!

WILDCARD LINE-UP Version 2 Tidak perlu terkejut sangat guys. Nama pon WILDCARD. Bagi korang yang penah gune WILDCARD ni...

ONE PIECE STAMPEDE | Tiket Boleh Didapati Hari ini!

Berita baik buat peminat-peminat One Piece, GSC Malaysia umum penjualan awal tiket Filem Anime One Piece Stampede yang bermula hari ini.

Must read

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

Astralis Juara Berlin Major | Benam AVANGAR semudah ABC | Bawa pulang lebih RM 2 Juta

[#CSGO][#BerlinMajor] Astralis muncul Juara selepas benam pasukan AVANGAR yang seperti tidak melawan di dalam siri 2-0 dan bawa pulang lebih RM 2 Juta.
video

Berlin Major: Renegades, NRG tersingkir | Astralis vs AVANGAR di Grand Finals

Berlin Major kini sudah sampai ke pusingan terakhir dimana semalam, pasukan Avangar singkirkan Renegades manakala Astralis singkirkan NRG.

Berlin Major: Peringkat Legends tamat, kini Peringkat Champions bermula – 8 pasukan mara

[#BerlinMajor] Peringkat Legends kini tamat tanda peringkat Champions kini bermula - 8 pasukan mara dan 8 pasukan pulang.

You might also likeRELATED
Recommended to you