GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Berlin Major: Na'Vi dan Team Liquid tersingkir

Berlin Major: Na’Vi dan Team Liquid tersingkir

-

[#CSGO][#BerlinMajor] Peringkat Champions Berlin Major untuk hari ke-2 | NRG singkirkan Na’Vi manakala siri kedua Astralis singkirkan pasukan No 1 CSGO Team Liquid.

NRG menang akan ke separuh akhir Foto Starladder

Pasukan NRG menang mudah keatas Natus Vincere dari segi siri iaitu 2-0 tetapi jika kita lihat permainan, Na’Vi sebenarnya memberikan tentangan yang hebat.

Di Map yang pertama, NRG membenam teruk pasukan Natus Vincere dimana Map pilihan mereka di Dust 2, mereka bermain dengan fasa yang agak pantas. Bermula di T-side, Pasukan NRG menundukkan pasukan Na’Vi 1-5.

Pasukan Na’Vi cuba untuk kembali di separuh masa kedua tetapi, mata yang jauh ke hadapan membuatkan ia agak susah untuk Na’vi dapatkan kemenangan di Map yang pertama. NRG menang dengan mata 16-12.

Map kedua pula Na’Vi membalas taring yang ditunjukkan oleh NRG di separuh masa pertama game sebelum ini. Na’Vi membenam NRG 10-5 di separuh masa pertama.

Akan tetapi, prestasi pasukan NRG di T-side semalam memang betul-betul menggerunkan dimana mereka kembali di separuh masa kedua dengan menang 8-9 pusingan secara berturut-turut secara tidak langsung Na’Vi pula yang ketinggalan.

Na’Vi berikan tentangan yang hebat dengan Oleksandr “s1mple” Kostylyev tunjukkan permainan yang gempak bawa game ke pusingan OT. Tetapi prestasi dari NRG Cvetelin “CeRq” Dimitrov AWP sangat berbisa hantar Na’Vi pulang.

NRG menang pusingan kedua 19-17.

Di perlawanan suku akhir kedua untuk semalam adalah perlawanan yang dinanti ramai dimana pasukan no 1 CSGO Team Liquid bertemu dengan musuh ketat mereka Astralis.

AStralis Foto Starladder

Astralis menang 2-0 keatas Team Liquid di pentas suku akhir Berlin Major menunjukkan badi atau “Curse” Team Liquid terhadap musuh ketat mereka Astralis masih belum lagi hilang.

Walaupun Astralis menang 2-0 keatas Team Liquid, kedua-dua pasukan memberikan perlawanan yang terbaik untuk peminat-peminat mereka.

Map yang pertama pilihan Astralis adalah Vertigo dimana antara Map yang susah untuk dimainkan oleh kebanyakkan pasukan PRO CSGO. Pilihan ini ternyata membuah kan hasil apabila Astralis membenam pasukan Team Liquid 16-8 di Vertigo.

Map kedua adalah daripada pilihan Team Liquid iaitu Overpass yang juga antara Map terkuat pasukan Team Liquid. Pilihan mereka kelihatan seperti berjaya dimana Team liquid menang di separuh masa pertama dengan mata 9-6.

Team Liquid tersingkir Foto Starladder

Akan tetapi, prestasi Emil “Magisk” Reif yang sangat baik dengan 28 kills dan 1.48 rating dimana sekali lagi kalah apabila Astralis di T-side walaupun OT kelihatan, namun Pasukan terbaik no 1 CSGO itu kalah dengan mata 16-13.


Team Liquid antara pasukan yang terbaik sejak mereka menang 2 pertandingan yang besar tahun lepas, akan tetapi, kemenangan itu semua bukan penanda aras bahawa Astralis tidak dapat singkirkan mereka di Berlin Major.

Stewie2k Foto Starladder

Kekalahan Team Liquid dan Natus Vincere membuatkan NRG akan bertemu dengan Astralis di pusingan separuh akhir Berlin Major peringkat Champions.

Baca Hari Pertama peringkat Champions:

Berlin Major: Team Vitality dan ENCE tersingkir

Sumber: Starladder

#CSGOMajor #StarladderMajor #StarladderMajorBerlin2019  #CSGOStarLader #Starladder

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini CSGO dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Ward | Pemain posisi 5 atau posisi 4 patut beli?

Ward patut dibeli oleh pemain posisi 5 atau posisi 4 menjadi perbualan sejak pencarian rank match bertukar jadi Core/Support.

Selepas bersama Ahfu di RNG, kini LaNm kembali bersama Mushi di Keen Gaming

[#DOTA2] LaNm umum sertai Keen Gaming bersama-sama pemain negara Mushi di Keen Gaming tetapi kali ini sebagai jurulatih. 

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Adakah Kuroky akan cipta organisasi Dota 2 beliau sendiri?

Pemain Team Liquid semalam umum berpisah dengan organisasi itu namun kedua-dua pihak - Kuroky dan Team Liquid mengatakan masih akan beraksi di musim baru.

TNC Predator lengkap dengan kehadiran Kpii dan March

Selepas pengumuman pelepasan Kuku dan juga Eyyou dari pasukan TNC Predator, pasukan gergasi rantau SEA itu umum kemasukan Kpii dan juga March.

Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid umum berpecah

[#Dota2] Berakhirnya sebuah era apabila pasukan tier 1 Dota 2 Team Liquid umum berpecah sebentar tadi di laman rasmi sosial media mereka.

Must read

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

Astralis Juara Berlin Major | Benam AVANGAR semudah ABC | Bawa pulang lebih RM 2 Juta

[#CSGO][#BerlinMajor] Astralis muncul Juara selepas benam pasukan AVANGAR yang seperti tidak melawan di dalam siri 2-0 dan bawa pulang lebih RM 2 Juta.
video

Berlin Major: Renegades, NRG tersingkir | Astralis vs AVANGAR di Grand Finals

Berlin Major kini sudah sampai ke pusingan terakhir dimana semalam, pasukan Avangar singkirkan Renegades manakala Astralis singkirkan NRG.

You might also likeRELATED
Recommended to you