GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Berlin Major: Peringkat Legends tamat, kini Peringkat Champions bermula...

Berlin Major: Peringkat Legends tamat, kini Peringkat Champions bermula – 8 pasukan mara

-

[#CSGO][#BerlinMajor] Peringkat Legends kini tamat tanda Peringkat Champions kini bermula – 8 pasukan mara dan 8 pasukan pulang.

Peringkat Champion kini bermula Foto Starladder

Peringkat kedua iaitu peringkat Legends tamat selepas 16 pasukan berentap untuk melayakkan diri ke peringkat Champions Berlin Major. Hanya 8 pasukan yang layak manakala 8 lagi tersingkir namun 8 pasukan yang tersingkir ini masih layak untuk ke Peringkat Legends CSGO major pada tahun hadapan.

Pasukan no 1 CSGO Team Liquid antara pasukan yang mara tetapi nyaris-nyaris pulang dengan mata 3-2 untuk melayakkan diri. ENCE pula sapu bersih dengan mata 3-0 untuk melayakkan diri ke playoffs.

Tarik Foto Starladder

Pasukan NRG juga mengejutkan peminat dimana mengalahkan pasukan Favorit seperti Astralis dan Team Liquid untuk mara dengan mata 3-0.

Perjalanan pasukan no 1 CSGO Team Liquid amat mengejutkan apabila mereka kalah dengan pasukan NRG dan juga AVANGAR menjadikan mata mereka 1-2. Namun membalas dan bangun semula apabila menang 2-0 keatas North dan Mousesports.

Nama-nama besar kelab esukan seperti NORTH, FaZe Clan dan juga MIBR tersingkir dengan mata 1-3 di peringkat Legends.

Pasukan yang kecoh dengan peristiwa lupa untuk defuse bom akibat salah komunikasi G2 Esports juga tersingkir di hari terakhir peringkat Legends.

Dibawah adalah jadual dan 8 pasukan yang layak ke peringkat Champions:

1. ENCE 3-0
2. NRG Esports 3-0
3. Astralis 3-1
4. Team Vitality 3-1
5. AVANGAR 3-1
6. Renegades 3-2
7. Team Liquid 3-2
8. Natus Vincere 3-2
  • ENCE vs Renegades
  • Team Vitality vs AVANGAR
  • Astralis vs Team Liquid
  • Natus Vincere vs NRG Esports

Dibawah pula pasukan yang gagal untuk layakkan diri:

  • CR4ZY
  • Mousesports
  • G2 Esports
  • MiBR
  • FaZe Clan
  • North
  • Ninjas in Pyjamas
  • DreamEaters

Nip dan Dreameaters antara pasukan yang kemungkinan tidak layak untuk ke peringkat Legends CSGO Major pada tahun depan dan perlu ke peringkat New Challenger untuk kembali mula dari bawah.

Lihat Tentang Berlin Major:

CSGO: Starladder Major Berlin 2019 bermula hari ini!

Sumber dan keputusan penuh : DEXERTO CSGO

#CSGO #G2Esports #Astralis#CSGOMajor #StarladderMajor #StarladderMajorBerlin2019  #CSGOStarLader #Starladder

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini CSGO dan juga content yang menarik!

 

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

El Camino: A Breaking Bad Movie | Filem terbaru sambungan siri Breaking Bad

[#MovieBuff] Berita barik buat peminat siri Breaking Bad kerana pelakon Aaron Paul (Jessy Pinkman) kembali dengan El Camino: A Breaking Bad Movie.

Call of Duty Mobile | Kini di peranti mudah alih | Boleh didapati pada 1 Oktober

[#CallOfDuty] Pembangun Call Of Duty - Activision umum Call Of Duty: Mobile itu boleh didapati pada 1 oktober di peranti mudah alih peminat.

KAKA Sertai Invictus Gaming bersama 2 pemain negara – JT dan Oli

Kaka sertai pasukan Invictus Gaming (IG)  bersama dengan dua pemain negara iaitu Thiay "JT-" Jun Wen dan Chan "Oli" Chon Kien.

FATA dan 33 tinggalkan PPD dan NiP | Rekrut NikoBaby

Fata dan 33 umum tinggalkan pasukan Ninjas in Pyjamas (NiP) yang diketuai oleh bekas juara Ti5 PPD itu dan cipta pasukan baru bersama dengan Nikobaby.

Kuku, Dubu dan RYOYA sertai GeekFam

[#DOTA2] Kelab esukan negara - Geekfam umum roster pasukan Dota 2 terbaru mereka yang disertai Kuku dan juga Dubu.

Laptop terbaik untuk pereka grafik?

Banyak sebenarnya pilihan laptop kat luar sana yang kita tahu boleh digunakan oleh bemacam-macam profession. Tapi untuk pereka grafik?

Must read

MMR | Valve ubah cara pengiraan, kiraan baru bermula !

Valve umum perubahan besar yang akan dilakukan di kemaskini akan datang dimana lebih fokus kepada pencarian 'Rank Match' dan juga pengiraan MMR. 

Apex Legends Preseason Invitational | TSM Muncul Juara

[#ApexLegends] TSM kembali muncul juara mengalahkan 19 pasukan terbaik di pentas Apex Legends Preseason Invitational dan bawa pulang lebih RM400,000!

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

You might also likeRELATED
Recommended to you