GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Berlin Major: Team Vitality dan ENCE tersingkir

Berlin Major: Team Vitality dan ENCE tersingkir

-

[#CSGO][#BerlinMajor] Peringkat Champions Berlin Major bermula semalam dengan perlawanan pembukaan | Renegades singkirkan ENCE kemudian AVANGAR pula kalahkan Vitality.

Setelah tamat peringkat Legend tempoh hari, kini bermula peringkat Champions dimana 8 pasukan berentap di peringkat Champions.

Renegades JKS Foto Starladder

Perlawanan pembukaan di peringkat Champions Berlin Major | Renegades mengalahkan ENCE dengan mudah 2-0 dan secara automatik menyingkirkan pasukan dari Finland itu pulang.

Map pertama diantara Renegades bertemu ENCE adalah Mirage. Mirage merupakan map yang popular di esukan CSGO dan ramai pemain Pro/Amatur sudah biasa dengan map ini.

Prestasi pasukan dari Australia – Renegades yang sangat baik membuatkan mereka menang mudah keatas ENCE 16-5 di Map yang pertama.

ENCE cuba untuk kembali di Map ke dua iaitu NUKE yang juga merupakan map favorit mereka | dengan mata di separuh masa pertama 9-6, ENCE kelihatan seperti akan menang di map kedua, Namun Renegades bangkit dan menang 16-12 | ENCE kalah 2-0 dan tersingkir.

Pasukan AVANGAR pula berjaya singkirkan pasukan favorit untuk memenangi Berlin Major iaitu Team Vitality!

Map pertama memang kalau kita lihat, lebih kepada Team Vitality kerana di perlawanan – perlawanan sebelum ini, pasukan berasal dari Perancis itu agak kebal di Mirage. Tetapi prestasi yang terbaik dari pemain pasukan AVANGAR – Sanjar ‘Sanji‘ Kuliev dan juga Dzhami ‘Jame‘ Ali membuatkan Team Vitality kalah dengan dengan mata 16-9.

Kekalahan di Map pertama bukan bereti Team Vitality akan mengalah! – dimana mereka bangun di Map yang kedua iaitu Inferno. Mendahului di separuh masa pertama dengan mata 9-6, nyaris kalah apabila AVANGAR dapat merapatkan kembali mata di 9-8 namun Team Vitality habiskan perlawanan dengan mata 16-11.

Map ketiga dan juga terakhir di dalam siri BO3 ini adalah Dust 2 yang merupakan antara Map paling popular di dunia Counter-Strike. AVANGAR mendominasi Team Vitality semasa separuh masa pertama di bahagian T-side. Team Vitality kelihatan seperti tidak melawan di Dust 2 dan terus AVANGAR menang 16-10 singkir Team Vitality pulang didalam siri 2-1.

Pasukan Renegades akan bertemu pasukan AVANGAR di pusingan seterusnya. Malam ini kita akan lihat pasukan Team Liquid bertemu dengan Astralis dan Na’vi bertemu NRG.

Keputusan Champions Stage Berlin Major foto Starladder

Lihat tentang Starladder berlin Major:

Berlin Major: Peringkat Legends tamat, kini Peringkat Champions bermula – 8 pasukan mara

Sumber dan Foto: Starladder

#Renegades #CSGO #CSGOMajor #StarladderMajor #StarladderMajorBerlin2019  #CSGOStarLader #Starladder

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini CSGO dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Ward | Pemain posisi 5 atau posisi 4 patut beli?

Ward patut dibeli oleh pemain posisi 5 atau posisi 4 menjadi perbualan sejak pencarian rank match bertukar jadi Core/Support.

Selepas bersama Ahfu di RNG, kini LaNm kembali bersama Mushi di Keen Gaming

[#DOTA2] LaNm umum sertai Keen Gaming bersama-sama pemain negara Mushi di Keen Gaming tetapi kali ini sebagai jurulatih. 

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Adakah Kuroky akan cipta organisasi Dota 2 beliau sendiri?

Pemain Team Liquid semalam umum berpisah dengan organisasi itu namun kedua-dua pihak - Kuroky dan Team Liquid mengatakan masih akan beraksi di musim baru.

TNC Predator lengkap dengan kehadiran Kpii dan March

Selepas pengumuman pelepasan Kuku dan juga Eyyou dari pasukan TNC Predator, pasukan gergasi rantau SEA itu umum kemasukan Kpii dan juga March.

Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid umum berpecah

[#Dota2] Berakhirnya sebuah era apabila pasukan tier 1 Dota 2 Team Liquid umum berpecah sebentar tadi di laman rasmi sosial media mereka.

Must read

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

Astralis Juara Berlin Major | Benam AVANGAR semudah ABC | Bawa pulang lebih RM 2 Juta

[#CSGO][#BerlinMajor] Astralis muncul Juara selepas benam pasukan AVANGAR yang seperti tidak melawan di dalam siri 2-0 dan bawa pulang lebih RM 2 Juta.
video

Berlin Major: Renegades, NRG tersingkir | Astralis vs AVANGAR di Grand Finals

Berlin Major kini sudah sampai ke pusingan terakhir dimana semalam, pasukan Avangar singkirkan Renegades manakala Astralis singkirkan NRG.

You might also likeRELATED
Recommended to you