GAMING | ESUKAN Dota 2 Beyond Epic rantau CHINA, Sparking Arrow tibai VICI Gaming...

Beyond Epic rantau CHINA, Sparking Arrow tibai VICI Gaming 2-0!

-

[#Dota2] Sparking Arrow Gaming juara kejohana Beyond Epic rantau China selepas benam pasukan gergasi Dota 2 China, VICI Gaming 2-0 di pentas akhir.

Sparking Arrow
Sparking Arrow Juara Beyond Epic. Foto Beyond The Summit

Sparking Arrow boleh dikatakan pasukan baru di arena profesional kejohanan Dota 2 tier 1 dimana mereka baru sahaja bersama dibawah bendera Sparking Arrow Gaming. Hanya Ou “Op” Peng pemain offlaner untuk Sparking Arrow yang boleh dikatakan berpengalaman didalam pasukan itu sejak dari awal 2014.

Sparking Arrow mula tempah nama bermula dari bawah dimana mereka mejuarai kejohanan China DOta 2 Developement League kalahkan pasukan CDEC Gaming 3-1. Mereka kembali mendominasi kejohanan tier 2 itu buat kali kedua dengan mengalahkan pasukan Invictus Gaming Vitality 3-0.

Mula sertai kejohanan Tier 1 untuk ESL One Birmingham tempoh hari namun gagal dimana mereka tidak lepas di pusingan kumpulan. Spaking Arrow Gaming kembali di kejohanan Beyond Epic ini jelas bersedia untuk menjatuhkan pasukan tahap tier 1 di China.

Barisan pemain Sparking Arrow Gaming mempunyai seorang pemain dari Malaysia iaitu Chong “FelixCiaoBa” Wei Lun yang bersama-sama dengan DDZ untuk Team HighGround selepas keluar dari WG.UNITY sebelum ke China.

VICI Gaming seperti yang kita tahu merupakan organisasi dan pasukan Dota 2 terkuat bukan sahaja di China, malah di mata dunia. Mereka berjaya menundukkan Sparking Arrow Gaming di perlawanan pertama Upper Bracket 2-1 dan mematahkan ‘winning streak’ mereka di peringkat kumpulan.

Sparking Arrow bukan sahaja mengalahkan VICI Gaming di pentas akhir bersih 2-0 malah membenam pasukan RNG 2-0 sebelum itu di LB Final sebanyal 2-0 dibawah 50 minit!

Saprking Arrow diperlawanan pertama mengguna pakai draft yang lebih kurang sama dimana Doom di mid dan Nature Prophet sebagai Core dimana strat yang sama berjaya membuli RNG sebelum itu. Perkara tersebut kelihatan dapat dipatahkan oleh VICI Gaming diawal perlawanan dimana mereka tidak membenarkan DOOM selesa di mid tanpa dicabar. Namun Sparking Arrow kekal momentum dan ‘comeback’ menang perlawanan pertama.

Pemilihan Slark utnuk core VICI Gaming Eurus tunjuk prestasi mantap di awal perlawanan dimana beliau mendominasi lane beliau. Namun combo Templar Assassin dan Terrorblade membuatkan VICI Gaming mati langkah dan menaip GG selepas 36 minit dengan mata 17 berbalas 14.

Sparking Arrow Gaming tempah nama di persada dunia dengan menjuarai kejohanan ini mengalahkan nama besar Dota 2 rantau tersebut. Mereka bawa pulang lebih RM 85,000 di tempat pertama.

GG SAG

Sumber: Beyond The Summit

#SparkingArrowGaming #SparkingArrow #SAG #BEYONDEPIC #VICIGaming #EPICENTER #RuHub #RNG #VICI #FelixCiaoBa #FelixCiao

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info Dota 2 terkini dan juga content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

Beyond Epic rantau CHINA, Sparking Arrow tibai VICI Gaming 2-0!

[#Dota2] Sparking Arrow Gaming juara kejohana Beyond Epic rantau China selepas benam pasukan gergasi Dota 2 China, VICI Gaming 2-0 di pentas akhir.

DR Disrespect ‘banned” dari Twitch, kali ini buat selama-lamanya?

Bintang Twitch Dr Disrespect telah diharamkan atau 'banned' dari laman streaming Twitch awal pagi semalam dan kali ini mungkin selama-lamanya.

Selepas GranDGrant, kini TobiWan pula dilanda kes gangguan seksual

[#Dota2] Toby "TobiWan" Dawson dituduh melakukan jenayah gangguan seksual baru-baru ini dimana pelbagai tindakan telah diambil keatas diri beliau.

David Beckham sertai dunia esukan, tubuh Guild Esports

[#Esukan] David Beckham sertai dunia esukan dengan berkolaborasi dan melabur didalam kelab esukan berasal dari United Kingdom - Guild Esports. 

COD Mobile terima lebih 250 Juta muat turun dalam masa 9 bulan

[#CODMobile] COD Mobile pecah rekod PUBG Mobile dalam 9 bulan pertama game itu dilepaskan dimana lebih 250 Juta muat turun untuk Ios dan juga Android. 

Lagi kes gangguan seksual, Evil Geniuses umum pecat GranDGrant

Pengacara Grant ‘GranDGranT’ Harris dilanda skandal gangguan seksual dan umum undur diri dari terlibat didalam komuniti setelah dipecat Evil Geniuses.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you