[#CSGO] Kejohanan besar pertama tahun 2021, BLAST Premier Global Finals bakal mempertemukan Team Liquid dan Natus Vincere (Na’Vi) seawal pusingan pertama.
Kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang sama rata tetapi jika diukur mengikut prestasi semasa, Team Liquid mungkin mempunyai sedikit kelebihan.
BLAST PREMIER GLOBAL FINAL SCHEDULE IS HERE!
We kick off 19th January 💥
1st round matchups: @AstralisCS vs @EvilGeniuses @G2esports vs @FURIA @TeamVitality vs @Complexity @natusvincere vs @TeamLiquidCS
Which match are you most excited for? 👀#BLASTPremier pic.twitter.com/GYFmIaoORm
— BLAST Premier 💥 (@BLASTPremier) January 12, 2021
Namun keputusan tewas di perlawanan akhir dalam kejohanan IEM Global Challenge Disember lalu mahu dilupakan terus oleh pasukan tersebut.
Bagi Na’Vi pula, kemenangan dalam pertemuan terakhir bertemu Team Liquid sebelum ini menjadi titik tolak dalam merancang strategi untuk perlawanan akan datang.
Sudah tentu kehadiran Gabriel “FalleN” Toledo dalam pasukan lawan bakal merancakkan lagi kehangatan pertembungan tersebut.
Pada hari pembukaan juga pasukan nombor 1 dunia, Astralis bakal berdepan Evil Geniuses manakala ZywOo bersama Team Vitality akan bertemu pasukan Complexity.
Dalam satu lagi perlawanan FURIA yang tempang tanpa Henrique “HEN1” Teles bakal beraksi menentang G2 Esports.
Kejohanan yang mempertaruhkan hadiah terkumpul bernilai $1 juta USD ini akan berlangsung selama 5 hari yang bakal berakhir 24 Januari nanti.
Sumber: BLAST Premier
#BLASTPremier #TeamLiquid #NaVi
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!