GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive BLAST Premier: NAVI dan Team Vitality mara ke separuh...

BLAST Premier: NAVI dan Team Vitality mara ke separuh akhir.

-

[#CSGO] Pasukan Natus Vincere (NAVI) dan Team Vitality mara ke pentas separuh akhir BLAST Premier Spring Finals 2022 selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir awal pagi tadi.

Pasukan Natus Vincere (NAVI) dan Team Vitality mara ke pentas separuh akhir BLAST Premier Spring Finals 2022 selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir awal pagi tadi.
Pasukan Natus Vincere (NAVI) dan Team Vitality mara ke pentas separuh akhir BLAST Premier Spring Finals 2022 selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir awal pagi tadi.

NAVI turun ke gelanggang terlebih dahulu untuk berdepan dengan pasukan nombor satu dunia, FaZe Clan 2-0 dalam perlawanan yang boleh dikatakan 100% didominasi oleh pasukan dari Ukraine itu.

Walaupun mereka beraksi tanpa Kirill “Boombl4” Mikhaylov yang direhatkan, Viktor “sdy” Orudzhev dari pasukan MAD LIONS berjaya mengisi kekosongan tersebut dengan jayanya.

NAVI mengamuk pada peta yang pertama di Dust2 dengan kemenangan 16-6 dan sekali lagi menunjukkan bahawa mereka sangat dahagakan kejuaraan apabila bekas juara BLAST Premier World Final 2021 itu tidak memberi muka langsung kepada FaZe Clan.

Juara PGL Major Antwerp umpama hilang punca dalam permainan di peta Inferno dan hanya memenangai 1 pusingan sahaja untuk menamatkannya dengan kekalahan yang memalukan 1-16 untuk memberi laluan kepada Oleksandr “s1mple” Kostyliev dan rakan-rakannya mara ke separuh akhir.

Satu lagi pasukan yang mara ke peringkat seterusnya ialah Team Vitality yang berhasil menumpaskan pasukan pilihan, ENCE 2-0 selepas bergelut di peta Nuke yang ditarik sehingga ke tiebreak.

Pasukan dari Perancis itu dijadualkan bertemu dengan G2 Esports manakala NAVI pula akan berlawan dengan pasukan OG pada jam 9 malam ini.

Sumber: BLAST

#NAVINATION #NAVI #VforVictory #Vitality

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Champions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2022 yang berlangsung di kota Istanbul, Turki itu diteruskan dengan 3 pasukan iaitu Leviatan, OpTic Gaming serta DRX sudah melepasi peringkat kumpulan.

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you