[#Dota2] Boom Esports Juara BTS Pro Series musim 8 rantau SEA selepas mengalahkan pasukan Team SMG 3-2 di pentas akhir sebentar tadi.
BTS Pro Series 8 SEA melabuhkan tirai kejohanan sebentar tadi selepas hampir sebulan berlangsung bermula pada 7 September 2021 di peringkat kumpulan.
THE CURSE IS BROKEN!!!
.
WE WIN BTS SEASON 8 WITH OUR NEWEST LINEUP 🏆 GGWP @TeamSMGofficial . NEXT UP: OB.MOON ASIAN ARENA 🔥 pic.twitter.com/IoKGU0EB7g— BOOM Esports (@boomesportsid) September 26, 2021
Boom Esports dan Team SMG mendominasi peringkat kumpulan dimana Team SMG menghabiskan peringkat tersebut di tempat pertama manakala Boom Esports pula di tempat kedua.
Team SMG menghabiskan peringkat kumpulan dengan mata 7-2-0 bawa kemenangan sebanyak 16 perlawanan manakala Boom Esports pula 5-3-1 dengan 13 kemenangan.
Boom Esports hadir ke kejohanan ini dengan roster yang tidak lengkap dimana Timothy “Tims” Randrup hadir di pertengahan kejohanan dan menggunakan khidmat Jin “Palos” Lamatao sebagai StandIn.
Team SMG kalah dua perlawanan pembukaan pentas akhir ini namun bangkit menyamakan kedudukan 2-2 tetapi Boom Esports kelihatan lebih stabil dan berjaya mengawal perlawanan akhir dan menjadi juara BTS Pro Series 8 SEA.
Antara sebab Boom Esports tunduk dua perlawanan menentang Team SMG selepas menang 2-0 adalah kerana salah satu pemain mereka iaitu Palos mengalami ketiadaan elektrik dirumah dan terpaksa bermain di salah satu rumah rakan beliau.
Palos cuba membiasakan diri namun gagal memberikan permainan terbaik untuk pasukan dan tunduk dua perlawanan sebelum kembali di perlawanan yang terakhir kata Rolen “Sken” di temubual juara sebentar tadi.
Walaupun Team SMG tumbang di pentas akhir kali ini, kejohanan ini tunjuk prestasi yang menaik untuk pasukan yang diterajui oleh Midone itu.
Boom Esports bawa pulang lebih RM100,000 sebagai juara manakala Team SMG pula bawa pulang lebih RM 57,000 di tempat kedua.
Tahniah Boom Esports!
Sumber: BTS Dota 2
#TeamSMG #BoomEsports #BTSProSeries8 #BTSProSeries #BeyondTheSummit #MidONE #StillMovingUnderFire #LetsGOSMG
Jangan lupa support page SENTRUMMY untuk info terkini dan juga content menarik!