[#Dota2] BTS Pro Series: America musim kedua kembali untuk rantau itu dimana 10 pasukan terbaik akan berentap untuk jumlah hadiah lebih RM200,000!
BTS Pro Series sebelum ini umum kejohanan yang sama untuk rantau SEA yang sudah pun berjalan sekarang di hari ke 6. Pengumuman berkenaan kejohanan yang sama pada musim pertama dilakukan serentak manakala kejohanan ini pada musim kedua diumumkan secara berasingan.
It’s time to get HYPED. 🔥#BTSProSeries 2: America is coming… and with an awesome lineup of teams! 👀🎉
Be sure to catch all of the action on our channel from June 13th to the 28th! pic.twitter.com/7rVQ2K4II2
— Beyond the Summit (@BeyondTheSummit) June 10, 2020
Evil Geniuses menjuarai kejohanan ini pada musim pertama dimana mereka tundukkan musuh ketat serantau Quincy Crew 3-1 di pentas akhir. Perkara ini mungkin berubah dimana QUincy Crew kini dilihat semakin garang dimana mereka menjuarai kejohanan ESL One Birmingham untuk rantau yang sama.
Evil Geniuses yang dilihat seperti pasukan terkuat NA tidak memberikan prestasi yang begitu baik di kejohanan ESL One Birmingham NA. Walaupun mereka tidak beraksi dengan pasukan penuh dan menggunakan khidmat RYONYA dan juga jurulatih mereka Bulba, mereka dilihat mencapai PAR yang sepatutnya.
EVIL Geniuses dilihat sangat “struggle” untuk memenangi kejohanan itu dimana mereka dihalang oleh rakan serantau CR4ZY dan juga Quincy Crew. Kejohanan BTS Pro Series akan menjadi tempat untuk EG kembali tunjuk bahawa mereka King of NA/SA Dota.
Berikut adalah pasukan yang akan menyertai kejohanan BTS Pro Series: America ini:
- Evil geniuses
- Quincy crew
- CR4ZY
- business associates
- beastcoast
- Thunder predator
- 4 zoomers
- Plusone
- Plasma
- Midas club
Seperti biasa 10 pasukan ini akan berentap di peringkat kumpulan secara round robin best of 2 format. 4 pasukan teratas akan ke playoff di tingkat Upper Bracket, pasukan di tempat ke5-8 akan ke Lower bracket manakala 9 dan 10 akan tersingkir.
Kejohanan ini akan diadakan pada 13 sehingga 28 June 2020.
Sumber: Beyond The Summit
#BTSProSeriesS2 #BTSProSeries #BeyondTheSummit #BTS #EvilGeniuses #QuincyCrew #Dota2NA BTSProSeriesAmericas
Jangan lupa untuk support page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!