GAMING | ESUKAN Dota 2 Buku bertemu ruas, Invictus Gaming berdepan Evil Geniuses di...

Buku bertemu ruas, Invictus Gaming berdepan Evil Geniuses di peringkat akhir.

-

[#DOTA2] Invictus Gaming mara ke perlawanan akhir kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 selepas menewaskan pasukan senegara, PSG LGD 2-1 sebentar tadi.

Invictus Gaming mara ke perlawanan akhir kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 selepas menewaskan pasukan senegara, PSG LGD 2-1 sebentar tadi.
Invictus Gaming mara ke perlawanan akhir kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 selepas menewaskan pasukan senegara, PSG LGD 2-1 sebentar tadi. FOTO: PWRD

Kedua-dua pasukan bertarung di pusingan akhir rangka bawah (lower bracket) bagi menghidupkan peluang dalam kejohanan ini.

Invictus Gaming yang menewaskan Team Secret semalam semestinya mahu mengekalkan momentum kemenangan tersebut dan hasilnya mereka memperolehi mata yang pertama setelah berjaya membendung segala gerakkan yang dilakukan oleh Wang “Ame” Chunyu.

Wang “Ame” Chunyu. FOTO: PSG LGD

Namun skrip berbeza di permainan kedua apabila Ame kembali mengganas dengan Troll Warlord kepunyaannya telah mengawal keseluruhan peta bagi mengikat kedudukan 1-1 buat PSG LGD.

Invictus Gaming sekali lagi melepaskan Troll Warlord buat Ame dan mengambil Phantom Lancer untuk diberikan kepada pemain teras utama mereka, Jin “Flyfly” Zhiyi.

Pemilihan itu berjaya walaupun mereka terpaksa bergelut sehingga minit ke-60 perlawanan untuk memastikan tempat ke perlawanan akhir menjadi milik mereka.

Ketahanan fizikal yang ada pada Phantom Lancer menyebabkan PSG LGD terleka dan segerombolan creep tidak dihiraukan mengetuk Ancient milik mereka sehingga berkecai.

Walaupun tewas, pujian harus diberikan kepada pasukan itu yang memulakan saingan di peringkat wildcard dan berjaya mara sejauh ini.

Selepas ini Invictus Gaming bakal berdepan dengan pasukan terbaik rantau Amerika Utara, Evil Geniuses di peringkat akhir kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021.

Anda boleh menyaksikan kejohanan ini secara langsung dari rumah dengan resolusi 4K 60 fps menerusi saluran Twitch, Youtube dan Facebook rasmi ONE Esports.

Sumber: ONE Esports

#SingaporeMajor #IGWIN #InvictusGaming

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you