GAMING | ESUKAN Call of Duty Call of Duty: Warzone, percuma untuk peminat Battle Royale

Call of Duty: Warzone, percuma untuk peminat Battle Royale

-

[#COD] Pembangun CoD: Modern Warfare umum mod terbaru iaitu Call of Duty: Warzone – khas buat peminat-peminat “Battle Royale”.

Warzone, Foto Activision

Call of Duty lancar satu video teaser semalam untuk peminat sekali gus mengiyakan berita angin Battle Royale Call of Duty!

Call of Duty: Warzone secara khusus akan meletak bukan 100, tetapi 150 pemain didalam satu tempat untuk berentap dimana pemain terakhir akan menang. Seperti permainan battle royale yang lain dengan mekanik yang lebih kurang sama namun Warzone tawar kelainan untuk beberapa perkara.

Antara kelainan yang ditawarkan oleh Call of Duty: Warzone ini adalah jumlah pemain yang akan berentap di dalam sebuah perlawanan merupakan 150 orang. Di awal keluaran perlawanan ini mungkin akan dikurangkan, tetapi 150 merupakan pemain yang ditetap kan.

Warzone, Foto Activision

Battle Royale yang ditawarkan juga mempunyai dua mod iaitu Battle Royale dan juga Plunder (Race to deposit the most Cash in this all-new game mode.) Hanya mod Solo, Duos dan trios untuk Battle Royale normal ditawarkan.

Warzone Plunder, Foto Activision

Pemain yang mati atau tumbang di medan perang juga berlainan dengan konsep battle royale yang lain. Di Warzone, pemain yang mati akan dihantar ke satu tempat yang dinamakan Gulag, dimana kelihatan seperti penjara. Di Gulag, pemain dibenarkan untuk berlawan satu lawan satu dengan pemain lain yang juga tumbang atau mati. Pemain yang menang akan dapat kembali ke medan perang (Battle Map).

Lihat “Trailer” Call of Duty: Warzone dibawah:

Warzone ini dikatakan akan dilepaskan pada 10 March untuk pengguna PC, PS4 dan juga XBOX. Pengguna Switch dan Mobile tidak boleh access Warzone ketika ini. Boleh lihat sini untuk maklumat lanjut.

Sumber: CoD: Warzone

#CODWarzone #CallOfDutyWarzone #CallOfDuty #Activision #CODW #Galag #Plunder #ModernWarfare

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Call of Duty: Warzone, percuma untuk peminat Battle Royale

Pembangun CoD: Modern Warfare umum mod terbaru iaitu Call of Duty: Warzone dimana khas untuk peminat-peminat "Battle Royale".

Reality Rift layak ke ONE Esports Jakarta, kalahkan Cignal Ultra

Reality Rift layak ke ONE Esports Dota 2 Jakarta Invitational selepas kalahkan Cignal Ultra 2-0 di pentas akhir pusingan kelayakan Malaysia semalam. 

Aster Benam Alliance, Juara Starladder ImbaTV Minor

Team Aster benam pasukan Alliance di pentas akhir Starladder ImbaTV Minor 3-1, tempah slot terakhir ke ESL One Los Angeles Major.

Faker pemain pertama mendapat 2000 ‘kill’ di LCK

Lee “Faker” Sang-hyeok cipta sejarah sebagai pemain pertama membuat 'kill' yang ke 2000 di kejohanan League of Legend Champions Korea - LCK.

Akibat penyelewengan wang, bekas pemain CSGO dihukum 116 tahun penjara

[#CSGO] Bekas pemain CSGO profesional Shayene “shAy” Victorio, dijatuhkan hukuman penjara selama 116 tahun mengikut laporan ESPN Brazil selasa lalu.

DOTA Summit 12, RM600,000 jadi taruhan

[#Dota2] Beyond The Summit anjur kejohanan DOTA Summit 12 yang akan diadakan di Los Angeles pada 10 sehingga 13 March 2020.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you