[#Dota2] Juara The International 2 kali – OG umum Sébastien “Ceb” Debs akan kembali ke roster aktif manakala Syed “SumaiL” Hassan keluar.
Juara The International sebanyak dua kali, Ceb umum bersara selepas mengangkat piala Ti9 yang lepas dimana beliau fokus menjadi Head Of Performance di OG Esports. Bukan sahaja menjadi ketua untuk esport Dota 2, malah Ceb juga bergiat aktif dengan esukan CS:GO.
The cold-headed offlane player of a lifetime, the unmatched starving will of OG and chatwheel god @Ceb is back.🌻
Read more : https://t.co/gbsRPU7tEL#DreamOG pic.twitter.com/nhDBRq95Bv
— OG (@OGesports) July 25, 2020
Selepas beberapa kali yang beliau terpaksa menggantikan pemain aktif OG atas sebab pandemik Covid-19 dimana pemain berbeza zon masa, beliau sekali gus umum akan kembali ke roster aktif dan juga posisi asal iaitu pos 3 – Offlane.
Today, we would also like to thank @SumaaaaiL for his time with OG, we wish him the best of luck for what will come next for him.
He is one of the best players in the world and a fantastic person to work with, we will miss him.#DreamOG pic.twitter.com/oVvpwUJpDO
— OG (@OGesports) July 25, 2020
Sumail yang juga juara The International 5 itu sertai OG selepas dikeluarkan dari pasukan gergasi America – Evil Geniuses. Selepas bermain untuk EG, Sumail bermain untuk pasukan Quincy Crew yang juga dimainkan oleh abang beliau Yawar sebelum dipetik pasukan OG pada awal bulan Januari tahun ini.
“I actually missed them a lot. We’ve been through everything together. Every game they play in which I’m not playing felt like a waste of my time. I enjoy playing with them more than anything else”, kata Ceb di laman rasmi OG.
OG juga mengatakan bahawa Sumail merupakan antara pemain terbaik dunia dan berterima kasih kerana bermain untuk pasukan OG untuk 7 bulan ini.
Roster penuh OG akan bermain di kejohanan Dota Pit EU/CIS akan datang dimana ketika itu juga kita akan dapat lihat roster penuh OG. Setakat ini Ceb dilihat menggantikan pemain negara MidOne di posisi 3 dan ini berkemungkinan MidOne akan bertukar ke posisi 1.
Sumail juga masih belum umum pasukan terbaru atau dimana beliau akan menunjukkan bakat selepas ini.
Sumber: OG.GG
#Ceb #Sumail #OG #OGEsports #OGAna #MidOne #TiChampions #DreamOG
Jangan lupa support laman Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga Content menarik!