[#ESUKAN] Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Team Secret, John Yao menjelaskan bahawa organisasi tersebut masih belum berminat melabur dalam e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).
Perkara itu dinyatakan dalam satu temu ramah bersama YAHOO Gaming SEA yang boleh ditonton di saluran Youtube mereka.
Dalam temu buat tersebut, secara terbuka beliau memberitahu bahawa Team Secret akan membuka satu gaming house di Filipina untuk dijadikan pusat utama pemain mereka di rantau Asia Tenggara.
Sebelum ini, organisasi e-sukan tersebut mempunyai dua buah pasukan yang beraksi dalam permainan mudah alih iaitu PUBG Mobile dan League of Legends: Wild Rift.
Bagi John Yao, kedua-dua permainan tersebut telah mencapai tahap global yang diingini mereka dengan kejuaraan dunia PUBG Mobile Global Challenge sudah dianjurkan di Dubai manakala jenama Wild Rift dibina oleh Riot Games yang dikenali di seluruh dunia.
“Kami tidak perlu berfikir panjang jika permainan itu dibina oleh Tencent atau Riot Games namun kami perlu membuat perancangan terperinci untuk MLBB kerana penjenamaan e-sukan mereka masih belum berkembang.
“Bagi pasukan yang mempunyai visi mahu memonopoli pasaran Asia Tenggara, MLBB adalah strategi yang baik tetapi itu bukan yang kami mahukan,” jelas John Yao dalam temu ramah tersebut.
Beliau juga menyatakan bahawa Team Secret adalah jenama global yang bukan datang dari demografi MLBB jadi sangatlah tidak arif buat mereka untuk masa ini menyertai arena e-sukan tersebut.
“Jumlah tontonan yang tinggi tetapi pangkalan peminat yang kecil tidak akan membantu kami mempromosi jenama global dan kami lebih rela beraksi dengan jumlah tontonan yang rendah dengan pangkalan peminat yang lebih luas,” katanya lagi.
Merujuk kepada bagaimana Blood Thirsty Kings dari Amerika Syarikat melakukan kejutan pada kejuaraan M3 yang lalu, beliau merasakan itu adalah petanda permulaan yang baik untuk meluaskan pangkalan peminat permainan tersebut.
Sumber: YAHOO Gaming SEA
#TeamSecret #MLBB #SecretFighting
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!