GAMING | ESUKAN Dota 2 ChYuan dan vtFaded bawa pasukan masing-masing layak ke Chengdu...

ChYuan dan vtFaded bawa pasukan masing-masing layak ke Chengdu Major

-

[#Dota2] Pemain Dota 2 negara, Cheng “vtFαded” Jia Hao pemain posisi 1 untuk Kelab esukan Ehome dan Kee “ChYuan” Ng  pemain posisi 2 untuk Team Aster masing-masing berjaya melayakkan diri ke MDL Chengdu Major.

vtfaded dan Chyuan layak ke MDL Chengdu Major

Pusingan kelayakan MDL Chengdu Major rantau China ini merupakan antara yang terawal melabuhkan tirai mereka beberapa hari lepas dimana 3 pasukan dari rantau itu layak ke kejohanan yang akan diadakan di negara itu sendiri. Pasukan rantau China yang layak ke Major pertama musim baru DPC ini adalah VICI Gaming, Ehome dan juga Team Aster.

VICI Gaming merupakan pasukan yang dilanda kontroversi selepas kejohanan The International 9 dimana pemain mereka Pan “Fade” Yi umum bersara tidak lama sebelum umum sertai pasukan Team Aster bersama dengan pemain negara Kee “ChYuan” Ng. Fade diganti dengan iong “Pyw”‘ Jiahan dan Paparazi tukar IGN kepada Zhang “Eurus” Chengjun.

Pemain negara Cheng “vtFαded” Jia Hao yang sebelum ini bermain untuk pasukan Chaos EC bersama-sama dengan Lasse Aukusti “MATUMBAMAN” Urpalainen umum sertai pasukan gergasi China Ehome sebagai posisi 1 ternyata berhasil. vtFaded dapat pengalaman yang besar di pentas The International 9 yang mana mampu menaikkan keyakinan beliau untuk bermain di pentas profesional.

 Pemain negara Kee Chyuan “ChYuan” Ng pula merupakan bekas pemain kelab esukan rantau asia tenggara seperti WG.UNITY, Lotac dan juga Geekfam. Beliau mula tempah nama di rantau China apabila sertai Team Aster bersama dengan pemain lagenda negara itu seperti Song “Sccc” Chun, Lin “Xxs” Jing, Pan “Fade” Yi dan Ye “BoBoKa” Zhibiao. Ternyata roster ini bukan calang-calang dan mampu memberi impak yang besar di kejohanan Major ini kelak.

Pusingan kelayakan MDL Chengdu Major rantau China ini dihadiri oleh 10 pasukan:

  • VICI Gaming
  • Keen Gaming
  • Team Aster
  • EHOME
  • Invictus Gaming
  • Royal Never GiveUp
  • Team Sirius
  • CDEC Gaming
  • Newbee | Open
  • Look For Smile | Open

Mushi Join Keen Gaming Foto ESL

Antara pemain negara yang bertanding untuk pusingan kelayakan ini termasuk juga lagenda Dota 2 negara Chai “Mushi” Yee Fung. Mushi kini bermain untuk pasukan Keen Gaming sebagai posisi 5 gagal melayakkan diri namun ini mungkin permulaan perjalanan beliau di pasukan baru. Mushi bukan kali pertama bermain sebagai Support 5 di Keen Gaming malah sebelum ini Mushi bermain untuk Geekfam juga di posisi 5.

Dua lagi pemain negara yang bermain untuk Invictus Gaming juga gagal melayakkan diri iaitu Thiay “JT-” Jun Wen dan Chan “Oli” Chon Kien.

Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada vtFaded dan Chyuan di MDL Chengdu Major.

Sumber: Beyond The Summit

#CHINAQualifier #vtFaded #ChYuan #EHOME #VICIGaming #TeamAster #MDLChendu #MDLMajor #Dota2Major #ChengduMajor #MDL #MarsMedia #DPC #Dota2NewSeason

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

ChYuan dan vtFaded bawa pasukan masing-masing layak ke Chengdu Major

vtFαded pemain kelab esukan Ehome dan ChYuan pemain Team Aster masing-masing berjaya melayakkan diri ke MDL Chengdu Major.

Fnatic, TNC Predator dan Team Adroit layak ke Chengdu Major

[#Dota2] 3 pasukan rantau Asia Tenggara layak ke MDL Chengdu Major menerusi perlawanan kelayakan semalam iaitu Fnatic, TNC Predator dan juga Team Adroit.

J.Storm pasukan jemputan kedua DreamLeague musim 12

Pasukan rantau Amerika Utara - J.Storm merupakan pasukan kedua yang mendapat jemputan terus untuk hadir ke DreamLeague musim ke 12 ini.

Fnatic Juara CS:GO DreamHack Masters Malmö kalahkan Vitality

[#CSGO] Pasukan Fnatic menjuarai kejohanan CS:GO DreamHack Masters Malmö. awal pagi tadi setelah kalahkan pasukan Vitality di pusingan akhir.

Call Of Duty: Mobile | Lebih 35 Juta Muat Turun dalam 5 hari

Call of Duty versi mobile pecah rekod sebagai sebuah game mobile terpantas dimuat turun sebanyak 35 juta kali dalam masa kurang 5 hari.

Alliance umum Roster baru selepas bekas Roster pasukan itu umum sertai Team Liquid

[#DOTA2] Alliance umum roster terbaru sehari selepas kelima-lima bekas pemain untuk kelab itu umum sertai Team Liquid.

Must read

video

Seluruh bekas pemain Dota 2 Alliance kini sarung jersi Team Liquid

Bekas pemain Alliance kini sarung jersi Team Liquid untuk musim baru. Team Liquid umum perkara ini semalam beri kejutan buat ramai peminat Dota 2.

DreamLeague musim 12 dan ESL One Hamburg | Dua Kejohanan Dota 2 Oktober ini

Dreamleague Musim ke 12 dan ESL One Hamburg akan dijalankan dalam bulan Oktober ini. Kedua-dua kejohanan ini akan menawarkan jumlah hadiah lebih RM 2 Juta.
video

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses menjuarai Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Selangor Cyber Games 2019 kembali ! RM 215,000 jadi taruhan!

Selangor Cyber Games 2019 kembali menjadi pertaruhan untuk peminat-peminat esukan seluruh negara dan kali ini lebih RM 215,000 jadi taruhan! 

You might also likeRELATED
Recommended to you