Home GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Cloud 9 muncul juara IEM Dallas 2022.

Cloud 9 muncul juara IEM Dallas 2022.

31

[#CSGO] Cloud 9 menang bersih 3-0 ke atas pasukan ENCE untuk muncul sebagai juara kejohanan IEM Dallas 2022 awal pagi tadi.

Cloud 9 menang bersih 3-0 ke atas pasukan ENCE untuk muncul sebagai juara kejohanan IEM Dallas 2022 awal pagi tadi.
Cloud 9 menang bersih 3-0 ke atas pasukan ENCE untuk muncul sebagai juara kejohanan IEM Dallas 2022 awal pagi tadi.

Perlawanan tersebut juga memperlihatkan bagaimana dominasi pasukan Rusia itu terutama pada peta yang ketiga.

Dalam dua peta yang pertama, pasukan ENCE memberikan tentangan sengit kepada Cloud 9 namun skuad bimbingan Kostantin “groove” Pikiner lebih bersedia menyerap setiap asakan daripada wakil Eropah itu.

Hasilnya, mereka menang 16-12 di peta Mirage dan 16-11 ketika mengunjungi peta Overpass sebelum peta Ancient menjadi saksi amukan Sergey “Ax1Le” Rykhtorov dan rakan-rakannya.

Cloud 9 mendahului 4-0 di awal permainan sebelum ENCE merapatkan jurang kepada 4-3 dan itu hanyalah mata yang mampu mereka kutip kerana Cloud 9 selepas itu memperolehi 12 mata secara berturut-turut untuk menutup siri pertandingan tersebut dengan penuh bergaya.

Selaku juara IEM Dallas 2022, pasukan Cloud 9 akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah $100,000 USD serta piala pusingan dan Ax1Le dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan yang merupakan gelaran MVP yang ketiga sepanjang karier beliau.

Sumber: IEM

#IEMDallas #IEM #C9WIN #ENCE

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!