GAMING | ESUKAN Call of Duty COD: eUnited Juara CWL Championship 2019, bawa pulang lebih...

COD: eUnited Juara CWL Championship 2019, bawa pulang lebih RM3 Juta

-

[#COD] [#CallofDuty] [BlackOps4] Tahniah buat pasukan eUnited kerana memenangi 2019 CWL Championship awal pagi tadi. Juara membawa pulang hadiah sebanyak RM3.3 Juta bersama 50,000 Pro points.

Kejohanan CWL Championship 2019 berlangsung dari 14 Ogos tempoh hari sehingga 18 Ogos 2019. Sebanyak 32 pasukan berentap untuk hadiah terkumpul RM8,000,000!

CWL 2019: 32 pasukan berentap untuk hadiah terkumpul RM 8,000,000

Pasukan eUnited Juara CWL Championship 2019 terdiri daripada:

  • James “Clayster” Eubanks
  • Alec “Arcitys” Sanderson
  • Preston “Prestinni” Sanderson
  • Chris “Simp” Lehr
  • yler “aBeZy” Pharris

Prestasi pasukan eUnited diperingkat kumpulan sangat memberangsangkan dimana hanya kalah beberapa perlawanan sahaja untuk terus ke pusingan seterusnya.

Pasukan eUnited juga mengalahkan pasukan favorit untuk ke pentas akhir seperti Evil Geniuses dan Optic Gaming.

CWL 2019 Champions eUnited Foto COD World

Pasukan eUnited bertemu dengan pasukan 100 Thieves iaitu diantara organisasi esukan yang terbesar di rantau Amerika Utara.

Finalis diantara eUnited dan 100 Thieves boleh dikatakan clash of the Titan kerana dua pasukan ini merupakan pasukan yang terbaik untuk Black Ops 4 pada masa ini.

eUnited mengalahkan pasukan 100 Thieves 3-2 dalam perlawanan yang sengit.

Antara saat-saat perlawanan yang dapat kita lihat adalah semasa Priestaah seorangan menentang 3 pemain musuh dimana peratus untuk menang amatlah tipis. Tetapi beliau membuktikan walaupun 1v3, beliau boleh mengawal permainan.

Pemain eUnited Chris “Simp” Lehr dinobatkan sebagai MVP pertandingan. Apa-apa pun, tahniah buat pasukan eUnited kerana memenangai CWL Championship 2019 dan menjadi pasukan terbaik COD Black Ops 4 dunia!

Sims Ddinobatkan sebagai MVP pertandingan, FOTO Twitch COD

Sumber dan Foto: CWL Official Page | Twitch

Berita Terkini di:Twitter MLG | Sentrum.MY

#CWLPS4 | #CWLChamps #CWL2019 #MLG #COD #CODWorldLeagueChampionship

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini esukan dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Kuku, Dubu dan RYOYA sertai GeekFam

[#DOTA2] Kelab esukan negara - Geekfam umum roster pasukan Dota 2 terbaru mereka yang disertai Kuku dan juga Dubu.

Laptop terbaik untuk pereka grafik?

Banyak sebenarnya pilihan laptop kat luar sana yang kita tahu boleh digunakan oleh bemacam-macam profession. Tapi untuk pereka grafik?

[#LigaFantasiSentrumMY] “Bandar Manchester Musnah!”

"Bandar Manchester Musnah!" Apa dah jadi? Tu la pasal. Aku dah kate dalam dunia bolasepak "Nothing Is Impossible". Kemenangan...

Resolut1on kekal | MoOz pelengkap roster baharu J.Storm

Perubahan roster masih rancak dimana kali ini, J.Storm pula mengambil bekas pemain BeastCoast - MoOz sebagai pelengkap roster dan Resolut1on kekal.

MMR | Valve ubah cara pengiraan, kiraan baru bermula !

Valve umum perubahan besar yang akan dilakukan di kemaskini akan datang dimana lebih fokus kepada pencarian 'Rank Match' dan juga pengiraan MMR. 

5 Pasukan Negara berentap di PMCO SEA FALL SPLIT 2019 Hari Ini

5 pasukan mewakili Malaysia akan bertanding di PMCO SEA FALL SPLIT 2019 bermula hari ini untuk jumlah hadiah lebih RM130,000!

Must read

MMR | Valve ubah cara pengiraan, kiraan baru bermula !

Valve umum perubahan besar yang akan dilakukan di kemaskini akan datang dimana lebih fokus kepada pencarian 'Rank Match' dan juga pengiraan MMR. 

Apex Legends Preseason Invitational | TSM Muncul Juara

[#ApexLegends] TSM kembali muncul juara mengalahkan 19 pasukan terbaik di pentas Apex Legends Preseason Invitational dan bawa pulang lebih RM400,000!

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

You might also likeRELATED
Recommended to you