[#CODMobile] COD Mobile pecah rekod PUBG Mobile dalam 9 bulan pertama game itu dilepaskan dimana lebih 250 Juta muat turun untuk Ios dan juga Android.
Mengikut laporan daripada Sensor Tower, COD Mobile terima lebih 250 Juta muat turun untuk 9 bulan pertama ia dilepaskan untuk pengguna pada 1 Oktober 2019 manakala PUBG Mobile pula terima lebih 230 Juta muat turun bermula tarikh dilepaskan secara global pada March 2018.
Mengikut laporan yang sama, pengguna/pemain membelanjakan lebih RM1.3 Billion untuk COD Mobile yang juga lebih 78 peratus apa yang pemain belanja untuk PUBG Mobile.
Call Of Duty: Mobile | Lebih 35 Juta Muat Turun dalam 5 hari
Call of Duty Mobile ini mendapat lebih 45 juta muat turun di Amerika Syarikat, menjadikan USA merupakan negara paling popular buat game tersebut dimana India di no 2 dan Brazil di no 3.
Kenaikan ini selain dari memuncak pada awal pelepasan, graf menunjukkan perubahan yang mendadak semenjak Februari sehingga May dimana ia dikatakan berkait rapat dengan isu global pandemik Covid-19 yang rata-rata masyarakat tidak dibenarkan keluar rumah.
Selain dari dua game Mobile ini, Fortnite Mobile ikuti rapat di no ketiga sebagai muat turun terbanyak bagi kategori yang sama.
COD Mobile merupakan kerjasama daripada Activision dan Tencent Timi Studios sebagai pembangun game tersebut untuk versi Mobile.
Call of Duty juga boleh dikatakan franchise gaming yang bukan baru bertapak di dunia esukan mahupun streaming, popular di PC dan juga Console, COD kekal momentum di Mobile tanpa menjejaskan kualiti game tersebut secara mendadak.
Sumber: Sensor Tower
#CODMobile #CallOfDutyMobile #CallofDutyBlackops #CODModernWarfare #COD #PUBGMobile #Fortnite #FPS #Activision #TencentGames
Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini COD | esukan dan juga content yang menarik!