Home GAMING | ESUKAN Call of Duty COD:Mobile Musim 7, Radioactive Agent hadir dengan pelbagai ciri menarik!

COD:Mobile Musim 7, Radioactive Agent hadir dengan pelbagai ciri menarik!

145
Erin Baker didalam set baharu uniform Skulls and Blood

[#CODM] COD:Mobile kini hadir di musim ke 7 iaitu Radioactive Agent dimana banyak ciri terbaru akan dilepaskan untuk peminat game tersebut.

Call Of Duty Mobile Musim 7, Radioactive Agent

Pembangun CODMobile melepaskan kemaskini terbaru game tersebut pada 11 June kelmarin dimana pelbagai ciri terbaru akan hadir termasuk di beberapa mod yang ada didalam game tersebut.

Antara mod yang mendapat kemaskini terbaru ada Multiplayer, Battle Royale dan juga moda sampingan seperti One Shot One Kill, 20v20 Warfare dan juga TUNISIA.

Mod Battle Royale seperti biasa, Rank musim kelima telah pun menolak dan “reset” kembali dan kali ini menawarkan set karakter baharu iaitu Erin Baker – Battery Skulls and Blood yang boleh didapati di rank Master 2.

Erin Baker didalam set baharu uniform Skulls and Blood

Kemaskini terbaru termasuklah map baru iaitu TUNISIA dimana map ini merupakan map eksklusif di Mobile. 3 mod yang dapat dimainkan didalam map Multiplayer ini iaitu Search and Destroy, Domination, dan mod baru Attack of the Undead.

Gulag juga hadir di Mobile dimana pemain boleh memainkan mode 1v1 dan mod gunfight.

Mod permainan baru iaitu Attack of The undead hadir kali ini dimana pemain akan dibahagikan menjadi “survivor” dan seorang secara rawak akan menjadi “Undead”. Mod ini akan hadir di pertengahan June nanti.

Mode Battle Royale dikemaskini menjadi lebih besar di map yang sama iaitu:

  • Black Market
  • Downtown
  • Sanitarium
  • Ski Town
  • Frigid Wetlands
  • Harbor
  • Hea

Terdapat juga class atau “hero” baharu iaitu smoke bomber dimana watak ini dapat melihat musuh didalam situasi bom asap dan juga bergerak pantas apabila diserang. Skill aktif watak ini adalah apabila beliau melontar bom, terdapat beberapa bom asap dilepaskan secara serentak.

BattleRoyale juga terima satu kenderaan baru iaitu Tank dimana Tank ini akan jatuh seperti Airdrop di pertengahan permainan dan juga akhir permainan.

CODMobile musim ketujuh ini juga hadir dengan Battlepass baharu yang menawarkan dua versi iaitu percuma dan juga premium  berbayar. Battlepass premium berbayar akan beri beberapa ganjaran menarik seperti:

  • Ghost – Hazmat and Krueger – Alchemist (epic soldiers)
  • QQ9 – Flood (epic weapon)
  • Senjata bertemakan Barricade.

Banyak lagi kemaskini dari senjata dan juga mod yang akan dikemaskini.

Sumber: REDDIT Activition

#CODM #CODMobile #CODSeason7 #Gulag #CODTunisia #COD #Activision #CallOfDutyMobile #CallOfDuty

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!