GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Complexity Gaming umum barisan pemain baru bersama Grim.

Complexity Gaming umum barisan pemain baru bersama Grim.

-

[#CSGO] Setelah berehat panjang dari arena CS:GO, Complexity Gaming kembali semula untuk tahun ini dengan barisan pemain yang baru.

Setelah berehat panjang dari arena CS:GO, Complexity Gaming kembali semula untuk tahun ini dengan barisan pemain yang baru.
Setelah berehat panjang dari arena CS:GO, Complexity Gaming kembali semula untuk tahun ini dengan barisan pemain yang baru.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu video montaj yang dimuat naik di laman sosial media rasmi mereka.

Complexity Gaming mula menyepikan diri dari permainan ini apabila mereka gagal melayakkan diri ke kejohanan IEM 15 pada bulan Oktober tahun lalu.

Ditambah dengan beberapa pemain utama mereka meninggalkan pasukan selepas itu, pasukan yang berpengkalan di Amerika Syarikat ini mengambil keputusan untuk membina sebuah barisan pemain yang baru pada musim ini.

Complexity Gaming telah membeli pasukan Extra Salt dan membawa masuk kesemua pemain termasuk jurulatih masuk dalam skuad CS:GO mereka.

Johnny “JT” Theodore akan meneruskan peranan beliau sebagai ketua pasukan manakala Justin “FaNg” Coakley dan Ricky “floppy” Kemery bertindak selaku riflers untuk pasukan yang dikemudikan oleh Tiaan “T.c” Coertzen ini.

Selain itu, Complexity Gaming juga akan disertai oleh dua pemain yang cukup berpengalaman dalam arena professional ini iaitu Paytyn “junior” Johnson serta bekas ketua pasukan Team Liquid, Michael “Grim” Wince.

Grim semestinya menjadi tonggak utama dalam pasukan dan harapan untuk menaikkan semula nama pasukan ini terletak di bahunya bagi sama-sama membantu JT untuk mengepalai skuad tersebut.

Complexity Gaming akan turun dalam perlawanan debut baru mereka pada malam ini menentang pasukan jaguh dari Rusia, Gambit Esports dalam kejohanan Funspark ULTI 2021.

Sumber: Complexity

#COL #Complexity #WeAreCOL #Grim

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Tundra Esports lepaskan FATA, diganti SAKSA?

Captain dan pemain pos 5 Tundra Esports Adrian "Fata" Trinks dilepaskan dari roster aktif pasukan tersebut, umum pasukan itu secara rasmi semalam.

Leslao dan Supream berpisah dengan Alliance.

[#DOTA2] Pasukan Alliance semakin tertekan dalam persiapan menghadapi cabaran DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Divisyen 2 Eropah Barat apabila Ondrej “Supream” Starha dan Rodrigo “Leslao” Santos meninggalkan pasukan.

CEO Team Secret tidak berminat untuk melabur dalam Mobile Legends.

[#ESUKAN] Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Team Secret, John Yao menjelaskan bahawa organisasi tersebut masih belum berminat melabur dalam e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Complexity dan FaZe Clan umum pasukan Valorant terbaru.

[#VALORANT] Dua organisasi e-sukan gergasi Amerika Utara, Complexity dan FaZe Clan umum skuad Valorant terbaru mereka untuk musim ini.

TSM teroka pasaran DOTA 2 bersama Team Undying.

[#DOTA2] TSM atau dahulunya dikenali sebagai Team SoloMid telah hadir ke arena profesional DOTA 2 buat kali yang pertama hasil gabungan bersama Team Undying.

Kerajaan Arab Saudi beli aset ESL Gaming bernilai $1.05 billion USD.

[#ESUKAN] Syarikat permainan, MTG telah bersetuju untuk menjual 100% aset ESL Gaming kepada Savvy Gaming Group yang telah ditaja oleh kerajaan Arab Saudi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you