GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Counter Strike kini berumur 21 tahun!

Counter Strike kini berumur 21 tahun!

-

[#CounterStrike] Counter Strike semalam menyambut hari lahir yang ke-21 dimana game itu merupakan game FPS terawal yang masih popular sehingga hari ini.

Counter Strike berumur 21 tahun. Foto Valve

Counter Strike merupakan antara game FPS yang terawal dimana ia merupakan salah satu mod dibangunkan dari game HALF-LIFE pada tahun 1999. Mempunyai peminat yang ramai sejak dari awal, Counter Strike kini bukan sahaja popular diantara gamers malah di dunia kompetitif esukan dunia.

Pada awalnya Counter Strike yang merupakan mod dari Half-Life itu adalah ciptaan Minh “Gooseman” Le dan juga Jess Cliffe seawal tahun 1999. Mempunyai peminat dan dilihat mempunyai masa depan yang cerah, Valve mengambil keputusan untuk mengambil hak keatas game tersebut dan sama-sama melepaskan “title” sulung tersendiri Counter Strike pada November 2000.

Counter Strike mendapat sambutan yang tinggi dari semua peminat game FPS seperti DOOM, Maze War dan juga Wolfstein 3D. Antara ciri menarik adalah Counter Strike dapat dimainkan secara multiplayer dan timbul rasa kompetitif semasa bermain berlawan dengan orang lain.

Counter Strike: Condition Zero dilepaskan pada tahun 2004 setelah Counter Strike mendapat sambutan yang tinggi namun siri kedua Counter Strike ini dilihat antara punca kejatuhan game FPS tersebut.

Counter Strike: Source merupakan siri ketiga game tersebut dilihat dapat mengembalikan kepercayaan dan kepuasan kepada pemain yang hilang di siri kedua Counter Strike sebelum ini. Kemaskini dari segi permainan dan juga item antara punca source mendapat kritikan yang baik.

Counter Strike: Global Offensive hasil kerjasama Valve dan juga Hidden Path Entertainment bawa game tersebut di satu level yang baru setelah dilepaskan kepada orang ramai secara rasmi pada tahun 2014. Dilepaskan di semua gaming platform seperti PS3 dan Xbox 360, CSGO mendapat lebih peminat dan bukan khusus kepada PC Gaming.

Walaupun bukan game Free to Play sehingga tahun 2018, CSGO mendapat sambutan yang baik dari awal pelepasan dimana Valve sediakan platform server tersendiri untuk pemain berentap antara satu sama lain.

Sehingga kini, CSGO antara game yang mempunyai pemain aktif sehingga 11 juta pemain sebulan dan aktif dari segi kompetitif anjuran Valve dan juga penganjur esukan yang lain.

Valve cuba masuk ke dunia Battle Royale dimana CSGO mempunyai mod yang dibangun berkonsepkan Battle Royale iaitu Danger Zone. VALORANT terbitan Riot Games yang mempunyai konsep lebih kurang sama dengan CSGO antara cabaran terbesar CSGO kini namun CSGO mempunyai tempat istimewa di hati buat ramai pemain.

Ramai peminat inginkan siri baharu dari Counter Strike dimana CSGO itu sendiri telah pon bertapak lebih dari 8 tahun di dunia esukan dan gaming.

Selamat hari jadi Counter Strike!

Sumber: Counter Strike Twitter

#CounterStrike #ConditionZero #CSSource #CSGO #GlobalOffensive #Valve #HalfLife #FPS #DOOM

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Counter Strike kini berumur 21 tahun!

Counter Strike semalam menyambut hari lahir yang ke-21 dimana game itu merupakan game FPS terawal yang masih popular sehingga hari ini.

Geek Fam tumbangkan FNATIC, Boom Esports – Juara BTS Pro Series SEA

[#DOTA2] Geek Fam juara BTS Pro Series SEA musim kedua sebentar tadi setelah benam pasukan dari Indonesia Boom Esports 3-0!

Dota 2 Battle Pass terima penambahan satu minggu

Pembangun untuk Dota 2 kini umum penambahan satu minggu kepada pemilik akaun Battle Pass akibat permasalahan yang diterima pengguna selama lebih 4 hari ini.

ONE Esports Dota 2 SEA League, New Esports, Execration, Neon Esports layak

[#Dota2] 3 pasukan "underdog" Dota 2 rantau SEA layak ke ONE Esports Dota 2 SEA League dan mereka bukan lah nama baru di pentas profesional.

Tencent bina PUBG Mobile Esports Studio seakan filem Tron Legacy

[Esukan] Tencent lepaskan beberapa gambar PUBG Mobile Esports Studio yang kelihatan "Futuristik" seakan dalam filem Tron Legacy.

CODM The Plunge Battle Royale kembali di musim kedua

[#CODM] Kejohanan Battle Royale CODM The Plunge kini kembali di musim kedua tawar hadiah lebih 80,000 CP dimana 100 pemain akan bertarung menjadi juara.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you