GAMING | ESUKAN Dota 2 Covid-19, EPICENTER Major dan Dota Pit Minor batal

Covid-19, EPICENTER Major dan Dota Pit Minor batal

-

[#Dota2] Epicenter Major dan OGA Dota Pit Minor dibatalkan akibat situasi Covid-19 (Coronavirus) yang semakin teruk diseluruh dunia. Info tentang penangguhan atau jadual baru belum ditentukan lagi.

EPICENTER dan OGA Dota Pit Batal

Perkara ini diumumkan di laman Twitter Rasmi Valve:

Baru-baru ini, beberapa kejohanan Dota 2 termasuk kejohanan liga DPC diumumkan batal atau ditangguh atas sebab yang sama. Kejohanan ESL One Major ditangguh manakala kejohanan ONE Esports Jakarta Invitational digabungkan dengan kejohananyang sama pada November nanti.

Valve mengatakan bahawa kejohanan ini terpaksa dibatalkan untuk menggalakkan pemain, pekerja dan semua orang yang terlibat untuk tidak mengembara ke negara terbabit atas langkah berjaga-jaga dan tidak membiarkan Virus ini berleluasa.

“After careful consideration of the current state and trajectory of the Covid-19 pandemic, as well as the health risk that this presents to competitors, staff and fans alike, we have made the difficult decision to cancel to the 4th minor and major tournaments of the DPC season.” petikan ciapan Valve.

Kejohanan liga DPC Major dan Minor akan memberi kesan kepada mata setiap pasukan untuk layak ke The International 10 Ogos nanti. Kini hanya ONE Esports Singapore Major yang akan diadakan pada bulan Jun nanti masih berjalan seperti biasa.

  • ONE Esports Jakarta Invitational – Tangguh ke November | April
  • ESL One Los Angeles 2020 – Batal/Tangguh | March
  • OGA Dota PIT Minor 2020 – Batal | April
  • EPICENTER Major 2020 – Batal | May

Akan dikemaskini untuk tarikh baharu liga DPC.

Sumber: Dota 2 Twitter

#DPC #Covid19 #CoronaVirus #EPICENTER #ESLOneLA #OneEsportsJakarta #OGADotaPit #Dota2DPC #Esports

Jangan lupa untuk Support page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

Skuad Dota 2 TNC Predator bubar, Mushi kekal?

Seluruh skuad Dota 2 TNC Predator umum bubar di laman sosial mereka namun jurulatih mereka Mushi tiada dalam pengumuman yang sama.

Tanpa skuad penuh, PSGLGD Juara OGA Dota Pit

PSGLGD juara OGA Dota Pit awal pagi tadi tundukkan Team Spirit 3-1 di pentas akhir bersama dengan jurulatih mereka iaitu Xiao8.

Dota 2, PUBG Mobile kini pingat rasmi Sukan Asia ke-19

Dota 2 dan PUBG Mobile antara esukan tersenarai yang akan dipertandingkan secara rasmi di Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China pada September 2022.

OGA Dota Pit, Tundra Esports – PSGLGD kembali berentap

OGA Dota Pit Invitational kembali dimana peminat Dota 2 bakal melihat pertembungan sekali lagi diantara Tundra Esports dan PSGLGD.

Tundra Esports juara ESL One Fall 2021, PSGLGD tumbang

Tundra Esports julang kejuaraan ESL One Fall 2021 Bootcamp Edition selepas kalahkan PSGLGD 3-2 di pentas akhir awal pagi tadi.

ESL One, Alliance tersingkir, tumbang di tangan T1

[#Dota2] Alliance tumbang 2-1 di tangan T1 dan tersingkir dari kejohanan ESL One Fall 2021 Bootcamp Edition awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you