[#Dota2] Pemain posisi 4 Evil Geniuses – Cr1t dipinjamkan kepada pasukan Ninjas In Pyjamas untuk kejohanan OGA Dota Pit EU/CIS.
Sebelum ini pasukan gergasi Dota 2 rantau Amerika Evil Geniuses itu umum tidak akan menyertai kejohanan yang sama iaitu OGA Dota Pit Americas yang sedang berlangsung sekarang akibat masalah roster.
Berita Penuh:
Ninjas In Pyjamas juga baru-baru ini melepaskan pemain support mereka Akbar “SoNNeikO” Butaev yang diumumkan oleh organisasi tersebut membuatkan pasukan tersebut kini mempunyai satu kekosongan. SoNNeikO bukan sahaja pemain untuk pasukan itu malah merupakan kapten pasukan tersebut sebelum disambar NIP yang dikenali sebagai Chicken Fighters sebelum ini.
.@DOTA2 Roster Update – 20.07
Read more at https://t.co/u7z5uv5lfF#GONINJAS #DOTA2 pic.twitter.com/BUwSBuvedB
— Ninjas in Pyjamas at Home🏡🇸🇪 (@NiPGaming) July 20, 2020
Walau bagaimanapun, kemasukan Cr1t ini hanyalah sebagai Stand-in dimana misi pencarian untuk menggantikan posisi SoNNeikO masih berterusan. Ini kerana selepas daripada kejohanan OGA Dota Pit EU/CIS ini berakhir, Ninjas In Pyjamas akan bertarun di kejohanan terbesar Dota 2 setakat ini iaitu OMEGA League anjuran EPICENTER.
Ninjas In Pyjamas agak beruntung dimana pasukan Evil Geniuses tidak menyertai mana-mana kejohanan buat masa ini dan membolehkan mereka membuat perjanjian untuk mendapatkan pemain sehebat Cr1t.
Roster penuh Ninjas In Pyjamas setakat ini:
- Charlie “CharlieDota” Arat
- Ondřej “Supream^” Štarha
- Jonáš “SabeRLight-” Volek
- Adrian “Era” Kryeziu
- Andreas Franck “Cr1t–” Nielsen
Kejohanan OGA Dota Pit EU/CIS akan berlangsung pada 27 Julai sehingga 30 Julai 2020.
Sumber: Ninjas In Pyjamas
#Cr1t #NinjasInPyjamas #EvilGeniuses #NiP #EG #LiveEViL #Sonneiko #OGADotaPit #OGA #DotaPIt
Jangan lupa support page SENTRUMMY untuk info terkini Dota 2 dan content menarik!