Home GAMING | ESUKAN League of Legends DAMWON Gaming berdepan RNG Royal di perlawanan akhir Mid-Season Invitational 2021.

DAMWON Gaming berdepan RNG Royal di perlawanan akhir Mid-Season Invitational 2021.

104

[#LeaguOfLegends] Juara Worlds Championship 2020, DAMWON Gaming bakal berdepan jaguh dari China, RNG Royal Never Give Up di perlawanan akhir kejohanan Mid-Season Invitational 2021 di Reykjavik, Iceland malam ini.

Damwon Gaming bakal berdepan jaguh dari China, RNG Royal Never Give Up di perlawanan akhir kejohanan Mid-Season Invitational 2021 di Reykjavik, Iceland malam ini.
Damwon Gaming bakal berdepan jaguh dari China, RNG Royal Never Give Up di perlawanan akhir kejohanan Mid-Season Invitational 2021 di Reykjavik, Iceland malam ini. FOTO: LOLEsports

Kedua-dua pasukan mara ke perlawanan akir selepas memenangi peringkat separuh akhir ke atas lawan masing-masing semalam.

RNG Royal menang mudah 3-1 dalam perlawanan best of 5 menentang wakil Liga Kejuaraan Pacific dari Taiwan iaitu PSG Talon.

DAMWON Gaming pula melepasi cabaran getir apabila berjaya menewaskan pasukan handlan Eropah iaitu MAD Lions dengan kemenangan tipis 3-2.

Antara faktor kemenangan itu adalah bagaimana pemain ADC mereka, Jang “Ghost” Yong Jun antara pemain yang harus dihormati terutama apabila beliau menggunakan Tristana.

Rekod KDA 6/0/5 dalam masa 23 minit menunjukkan bahawa beliau adalah pemain yang bagus dalam posisi tersebut dan berdepan dengan RNG Royal bakal menjadi saingan yang sengit kerana Chen “GALA” Wei juga bukanlah calang-calang pemain.

Peminat League of Legends di Malaysia boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung di saluran Astro 800 eGG bermula jam 8 malam dan anda juga boleh menonton penstriman langsung di Twitch dan Youtube rasmi LoL Esports.

Sumber: LoL Esports

#MSI2021 #DKWIN #RNGWIN

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!