Home Movie Buff Digimon Last Evolution Review – Digimon Terakhir?

Digimon Last Evolution Review – Digimon Terakhir?

474

Setelah 3 bulan wayang tutup pintu. Harini aku pegi nak tengok movie digimon yang memang anticipate dari tahun lepas sempena 20 tahun Digimon. Sempat jugak dia selit. Tapi movie ni tayang kat GSC je.

Kali ni lain mcm sikit best sebab banyak halal gap. Kiri kanan tak ada orang boleh baring laaa wooo..

Berbalik pada cerita Digimon. Movie ni adalah last sambungan dari cerita Digimion Tri. Movie ni fokus pada semua budak² dah besar dalam awal 20an mcm tu. Masing² ada tanggungjawab masuk U, nak start kerjaya semua. Dalam proses nak ke fasa kedewasaan, Digimon akan hilang seiring dengan umur partner dia tu. Maksudnya sampai satu umur digimon depa akan hilang.

Untuk cast line up kalini semua team dari season 1 dan season 2 ada. Umum tahu Digiworld yang muncul secara tiba² dan hanya selected budak yang akan dapat partner dengan digimon. Depa ni dipanggil Digi-Destined Children. Budak² ni semua sebenarnya ramai dalam dunia.

Atas sebab Digimon akan hilang kalau partner dia dewasa, ada digimon unknown ni rebel dan fake kan kehidupan budak² supaya depa bole sentiasa dengan digimon masing². Dia paksa semua destined children ni masuk ke digiworld tapi jadi budak sama dengan digimon depa. Dia kata itu lah kebahagiaan untuk budak² ni.

Digimon baru unknown dikenalkan sebagai Eosmon yang bertanggungjawab bawak budak² ke alam digitalworld dan perangkap memori depa bersama digimon masing². Power Eosmon ni lebih kepada artificial digital dan boleh manipulate semua element dalam Digital World.

Geng hero tak setuju dengan ideologi tu. Tapii pada masa yang sama Taichi dengan Yamato pulak dalam delima sama ada nak teruskan lawan tapi hilang kawan baik atau ambil peluang duk sama dengan digimon. Depa sedar partner depa akan hilang dan link bersama Digimon dah lemah. Masing² tak dapat terima hakikat walau tahu hakikat tu tetap kena terima.

Link dengan partner digimon semakin hilang

Fokus utama pada Agumon dan Gabumon. Sebab depa dua ni la kita anggap paling legend punya pair. Kali ni fight memang dia bagi gula sikit. Agumon dengan Gabumon akan ada evolution baruuuu. Lagi kuat dari Omnimon dan ni single punya evolution bukan gabung. Cuma terkilan tak nampak Wargreymon/Weregarurumon. Oleh sebab ni last kan patut dia lanje la sikit semua evolution. Tapi 1st part evolution memang nolstagia laaaa. Tambah dia p opening lagu Brave Heart, pehhhhh begegar jantung.

Lanje sikit evolution baru

Aku bermula dengan Digimon dari sewa tape episod 1 sampai ke kumpul stiker buku. Dulu tak ada duit beli digivice walau meronta² nak sangat. Mampu beli vpets aje. Sebab tu kumpui stiker buku harap² boleh dapat Digivice. Tapi harapan laaa bukan 1 buku dia nak. Ingat senang ke nak penuh sampai sanggup beli sekotak stiker siap tradein. Tu punn tak penuh². Dah la dok tikam pusing² pun tak dapat. Sedih jugak pun haha

Setiap perjalanan kehadapan akan tetap ada kehilangan. Bersediakah untuk hadapi kehilangan tu? Cuma apa yang mampu adalah untuk mencari secebis ingatan yang boleh mengimbau kembali tentang yang dahulu.

Tak ada rating atas sebab cerita ni hanyalah untuk mengimbau sebuah kenangan 😢

Digimon Last Evolution

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!