GAMING | ESUKAN Dota 2 Lagi kes gangguan seksual, Evil Geniuses umum pecat GranDGrant

Lagi kes gangguan seksual, Evil Geniuses umum pecat GranDGrant

-

[#Dota2] Pengacara, pengulas, streamer dan juga personaliti Dota 2 Grant ‘GranDGranT’ Harris dilanda skandal gangguan seksual dan umum undur diri dari terlibat didalam komuniti setelah dipecat Evil Geniuses.

GranDGrant Evil Geniuses Sexual Harrassment
GranDGrant dipecat serta merta dari menjadi streamer rasmi Evil Geniuses.

GranDGranT merupakan pengulas dan juga pengacara kejohanan Dota 2 yang popular dengan kelincahan beliau semasa bekerja. Beliau juga lantang bersuara didalam strim beliau semasa membincangkan isu-isu esukan khususnya Dota 2.

Komuniti Dota 2 dikejutkan oleh pengakuan yang dibuat oleh seorang wanita dan juga pengulas Dota 2 yang menggunakan nama akaun twitter @cofactorstrudel dimana beliau melepaskan rahsia yang lama dipendam selama ini tentang GranDgranT.

Kejadian ini diceritakan berlaku ketika ‘after party’ kejohanan The International 7 dimana pengacara wanita ini diganggu oleh GranDGrant. Kelihatan tidak stabil dan mabuk, GranDGrant memegang dan ‘slurring’ terhadap wanita ini tanpa kebenaran tuan badan. Wanita ini berasa tidak selesa dan diselamatkan oleh rakan beliau yang ketika itu menyedari rakannya sedang diganggu secara seksual.

GranDGrant telah pun memohon maaf secara terbuka terhadap wanita tersebut dan juga kepada keseluruhan komuniti Dota 2.

Setelah pengakuan yang dibuat oleh wanita itu dan permohonan maaf yang dilakukan oleh GranDGrant, salah seorang jurulatih Dota 2 Anthony ‘Scantzor’ Hodgson pula keluarkan kenyataan untuk isu yang sama. Scantzor berkata, seorang pengacara Dota 2 wanita – LlamaDownUnder yang sebelum ini kian menyerlah didalam dunia pengacaraan terbantut akibat GranDGrant.

Kemudian satu lagi kes yang sama diceritakan oleh seorang cosplayer dengan nama akaun twitter @WickedCosplay membongkarkan tentang seorang wanita yang dikatakan diberi dadah dan diambil kesempatan keatas dirinya oleh orang yang sama.

GranDGrant menjadi bahan bualan komuniti Dota 2 setelah beberapa individu keluar membongkarkan sifat sebenar beliau di belakang tabir. GranDGrant umum berhenti dan menarik diri dari terlibat dengan mana-mana kejohanan Dota 2 buat masa yang lama.

Evil Geniuses merupakan antara organisasi esukan terbesar di NA sebelum ini menjadikan GranDGrant sebagai streamer rasmi mereka kini umum tarik balik perjanjian itu. EG melepaskan GranDGrant dari bernaung dibawah organisasi mereka sebagai streamer mahupun pengacara.

EG mengatakan mereka mengambil serius perkara ini dan tidak akan bertolak ansur kepada sesiapa yang melibatkan diri didalam kes jenayah.

Walaupun beberapa rakan GranDGrant mengatakan beliau telah berubah dan tidak melakukan perkara seperti itu lagi, penyingkiran ini boleh dijadikan pengajaran buat individu lain.

Sumber: Evil Geniuses dan pelbagai.

#GranDGrant #EvilGeniuses #SexualHarassment #Dota2Community #Reddit #MeToo

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

Lagi kes gangguan seksual, Evil Geniuses umum pecat GranDGrant

Pengacara Grant ‘GranDGranT’ Harris dilanda skandal gangguan seksual dan umum undur diri dari terlibat didalam komuniti setelah dipecat Evil Geniuses.

Mixer kini tutup perkhidmatan, bergabung dengan Facebook Gaming

[#Streamer] Laman penstriman Mixer umum tutup perkhidmatan, bergabung dengan Facebook Gaming. Mixer.com akan dipindah ke FB.gg pada 22 Julai 2020.

Counter Strike kini berumur 21 tahun!

Counter Strike semalam menyambut hari lahir yang ke-21 dimana game itu merupakan game FPS terawal yang masih popular sehingga hari ini.

Geek Fam tumbangkan FNATIC, Boom Esports – Juara BTS Pro Series SEA

[#DOTA2] Geek Fam juara BTS Pro Series SEA musim kedua sebentar tadi setelah benam pasukan dari Indonesia Boom Esports 3-0!

Dota 2 Battle Pass terima penambahan satu minggu

Pembangun untuk Dota 2 kini umum penambahan satu minggu kepada pemilik akaun Battle Pass akibat permasalahan yang diterima pengguna selama lebih 4 hari ini.

ONE Esports Dota 2 SEA League, New Esports, Execration, Neon Esports layak

[#Dota2] 3 pasukan "underdog" Dota 2 rantau SEA layak ke ONE Esports Dota 2 SEA League dan mereka bukan lah nama baru di pentas profesional.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you