Home GAMING | ESUKAN Dota 2 DOTA 2 melancarkan acara terbaru Nemestice bersama pas perlawanan.

DOTA 2 melancarkan acara terbaru Nemestice bersama pas perlawanan.

309

[#DOTA2] DOTA 2 telah melancarkan kemaskini terbaru yang disertakan dengan beberapa penambahan terkini termasuklah acara Nemestice, pas perlawanan (Battle Pass) dan banyak lagi.

DOTA 2 telah melancarkan kemaskini terbaru yang disertakan dengan beberapa penambahan terkini termasuklah acara Nemestice, Pas Perlawanan (Battle Pass) dan banyak lagi.

Semestinya yang paling dinanti-nantikan adalah kehadiran set Arcana Spectre yang diberi nama Phantom Advert.

via DOTA 2

Pengumuman ini dilakukan melalui satu video pendek yang memaparkan adegan Hoodwick bersama Arc Warden bagi mempromosikan acara Nemestice ini.

Terdapat beberapa ganjaran menarik dengan pembelian pas perlawanan Nemestice, antaranya adalah barangan Immortals, persona Dragon Knight yang diambil daripada animasi Dragon’s Blood, kepulangan semula persona Invoker bersama set Dark Artistry serta macam-macam lagi.

Bagi peminat tegar Void Spirit, anda berpeluang untuk mendapatkan set lengkap Immortals Hidden Vector sebagai ganjaran Ultra Rare dengan kesan khas Astral Step.

via DOTA 2

Kemunculan Arcana Spectre iaitu Phantom Advert yang hadir dengan ciri-ciri unik seperti Genesis In Blood, kesan khas Radiance dan Blademail serta beberapa lagi ciri yang menarik.

Set Arcana ini juga mempunyai gaya yang kedua di mana pemain haruslah memperolehi Mega Kill dalam 100 perlawanan berbeza terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan Phantom Ascension.

via DOTA 2

Anatara penambahan sampingan lagi bagi pas perlawanan kali ini adalah seperti misi Cavern Crawl (menawarkan set Lina, Phantom Assassin dan Dark Willow), misi mingguan tambahan, ciri-ciri bantuan terbaru bagi pelanggan Dota Plus dan sebagainya.

Harga pas perlawanan ‘berkas permulaan’ bermula daripada RM31.00 bagi tahap 1, RM112.00 bagi tahap 50 dan akhir sekali RM175.00 bagi tahap 100.

Anda boleh mendapatkan kesemua ini dan banyak lagi dengan melayari akaun DOTA 2 dan mulakan pembelian secara terus melalui dalam permainan.

Sumber: DOTA 2

#BattlePass #Nemestice #TI10

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!