Home GAMING | ESUKAN Dota 2, PUBG Mobile kini pingat rasmi Sukan Asia ke-19

Dota 2, PUBG Mobile kini pingat rasmi Sukan Asia ke-19

136
19th Asian Games Hangzhou, China - FOTO OCA

[#ESUKAN] Dota 2 dan PUBG Mobile antara esukan tersenarai yang akan dipertandingkan secara rasmi di Sukan Asia ke -19 di Hangzhou, China pada September 2022 kelak.

19th Asian Games Hangzhou, China – FOTO OCA

Senarai esukan yang akan dipertandingkan di Sukan Asia ke-19 ini diumumkan oleh The Olympic Council of Asia di hari pertama semasa sesi secara langsung Chef de Mission OCA yang menyatakan terdapat 8 esukan termasuk 2 lagi secara demonstrasi.

Esukan telah pun dicuba-pakai pada Sukan Asia yang ke-18 di Jakarta, Indonesia sebelum ini secara demostrasi dan tidak berpingat jelas menunjukkan hasil yang baik dimana kali ini ia akan dijalankan secara rasmi dan termasuk dalam senarai pingat Sukan Asia.

Walaupun Dota 2 dan juga PUBG Mobile tidak tersenarai diantara esukan yang dicuba pada Sukan Asia 2018, namun dua esukan ini tetap mendapat slot kejohanan berpingat untuk kali ini.

Ketua Pengarah OCA, Mr Husain Al-Musallam berkata, “Kami berharap dengan pengumuman yang dibuat ini, setiap pasukan dapat bersedia yang juga mempersiapkan pasukan untuk melalui pusingan kelayakan kelak”

“Kami di OCA juga berharap kerjasama diantara dua pihak bersama dengan Asian Electronic Sports Federation dan juga Hangzhou Asian Games Organising Committee dapat menjalankan kejohanan ini dengan jayanya.

Asian Electronic Sports Federation AESF juga telah dilantik sebagai Technical Delegatedan juga menguruskan pusingan kelayakan untuk semua esukan kali ini.

Berikut merupakan senarai esukan yang akan dipertandingkan:

  1. Arena of Valor Asian Games Version
  2. Dota 2
  3. Dream Three Kingdoms 2
  4. EA SPORTS FIFA branded soccer games
  5. HearthStone
  6. League of Legends
  7. PUBG Mobile Asian Games Version
  8. Street Fighter V

Dua lagi demonstrasi adalah:

  • AESF Robot Masters-Powered by Migu
  • AESF VR Sports-Powered by Migu

Perkara ini dilihat sebagai satu langkah kehadapan untuk industri esukan dimana ia telah termasuk dalam kejohanan sukan terbesar ASIA.

Sumber: OCA

#Dota2 #PUBGMobile #LeagueOfLegends #OCA #AESF

Jangan lupa untuk support page Sentrummy untuk info terkini dan juga content menarik!