[#DOTA2] Satu pasukan dari Malaysia yang akan bermain di Liga Bawahan DPC 2021 zon Asia Tenggara telah ditarik penyertaan gara-gara berkongsi akaun bersama pemain luar
Perkara ini telah diumumkan oleh pihak penganjur liga berkenaan, PGL di laman Twitter rasmi mereka.
⚠️ DPC 2021 SEA Lower Division Announcement:
Team Assault is disqualified due to account sharing and is replaced by Army Geniuses.#DPCSEA
— PGL (@pglesports) January 14, 2021
Pasukan Assault layak ke liga tersebut selepas melepasi kelayakan tertutup peringkat kedua namun telah dinafikan oleh penganjur di saat akhir dan tempat mereka digantikan oleh skuad Indonesia, Army Geniuses.
Hal ini kerana mereka didapati bersalah memberikan akaun mereka kepada pemain luar selepas disiasat oleh pihak PGL.
Walau bagaimanapun bersama siapa mereka berkongsi akaun tersebut tidak diberitahu secara terbuka kepada umum.
Namun terdapat sumber mengatakan bahawa 3 atau 4 bekas pemain Newbee yang sudah di’ban’ seumur hidup cuba menyelinap masuk dengan menggunakan akaun milik pemain Malaysia.
BACA: Pasukan Newbee di’ban’ seumur hidup oleh Valve.
Setelah disoal siasat akhirnya mereka mengaku bersalah dan telah dikeluarkan secara terus daripada senarai pasukan yang akan bertanding.
Nasib seorang pemain Malaysia, Lee “JoHnNy” Siong Tait yang turut sama bersubahat dalam sindiket itu masih belum diketahui dan masih menunggu kenyataan rasmi dari pihak Valve.
Sumber: PGL
#DPC2021 #Assault #Malaysia
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!