GAMING | ESUKAN Dota 2 DPC 2021: OG dan Alliance terus menekan Team Secret...

DPC 2021: OG dan Alliance terus menekan Team Secret di puncak liga.

-

[#DOTA2] Dua perlawanan Liga DPC Div 1 Eropah berlangsung awal pagi tadi dengan OG dan Alliance telah memenangi perlawanan masing-masing untuk terus menekan Team Secret di puncak liga.

Dua perlawanan Liga DPC Div 1 Eropah berlangsung awal pagi tadi dengan OG dan Alliance telah memenangi perlawanan masing-masing
Dua perlawanan Liga DPC Div 1 Eropah berlangsung awal pagi tadi dengan OG dan Alliance telah memenangi perlawanan masing-masing. FOTO: OG

Pertemuan OG dan Team Nigma awal pagi tadi yang dikategorikan sebagai rematch perlawanan akhir The International 9 berlangsung dengan cukup menarik.

Team Nigma yang sebelum ini tewas 2 perlawanan minggu lalu terlebih dahulu mengutip mata pertama perlawanan hasil daripada permainan mereka yang sangat berdisiplin.

Beberapa kesilapan pemain teras OG adalah antara punca perkara itu berlaku namun mereka berjaya menyamakan kedudukan kepada 1-1.

Mereka berhasil melakukan kombo aggresif Dark Seer dan Clockwerk untuk menamatkan perlawanan tersebut dengan kiraan papan markah 40-7 dalam masa kurang 30 minit.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Team Nigma dalam perlawanan seterusnya ditambah dengan ketajaman Yeik “MidOne” Nai Zheng bermain Riki dan terpaksa memberikan kemenangan mutlak kepada OG.

Juara The International 2 kali berturut-turut itu kini berkongsi 3 kemenangan bersama Alliance yang telah menewaskan Tundra Esports juga dengan kiraan mata 2-1.

Kedua-dua pasukan akan kembali ke gelanggang pada hari Ahad ini di mana OG akan bertemu Vikin.GG manakala Alliance berdepan cabaran getir menentang pendahulu liga, Team Secret.

Sumber: DreamHack DOTA

#DreamOG #TeamNigma #Alliance

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you