GAMING | ESUKAN Dota 2 DPC 2021: Peluang Fnatic kembali terbuka selepas membenam 496...

DPC 2021: Peluang Fnatic kembali terbuka selepas membenam 496 Gaming 2-0.

-

[#DOTA2] Fnatic kembali membuka peluang untuk mencabar kejuaraan Liga Div 1 Asia Tenggara musim ini selepas menang mudah 2-0 ke atas 496 Gaming.

Fnatic kembali membuka peluang untuk mencabar kejuaraan Liga Div 1 Asia Tenggara musim ini selepas menang mudah 2-0 ke atas 496 Gaming.
Fnatic kembali membuka peluang untuk mencabar kejuaraan Liga Div 1 Asia Tenggara musim ini selepas menang mudah 2-0 ke atas 496 Gaming. FOTO: FNATIC

Kemenangan sebentar tadi merupakan yang ke-4 dari 5 perlawanan yang sudah berlangsung buat pasukan hitam jingga tersebut.

Bertemu pasukan dari Vietnam yang sedang bergelut di zon penyingkiran, Fnatic tetap bermain dengan penuh berhati-hati.

Dalam perlawanan pertama, Fnatic telah membawa masuk senarai hero teras yang mempunyai physical damage yang tinggi iaitu Monkey King, Wraith King dan Tidehunter.

Walaupun dilihat agak rumit di awal permainan namun mereka berjaya mengatasinya dan Ultra Kill yang diperolehi Marc “Raven” Fausto menutup perlawanan dengan kemenangan yang pertama.

Bersambung di permainan yang kedua, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh 496 Gaming walaupun idea asalnya mahu meletakkan kombo Sonicwave, Ice Blast dan Exorcism sebagai tunjang utama mereka.

Semuanya seperti tidak kena dan kombo tersebut tidak mampu menandingi kemaraan Fnatic yang hadir dengan pemilihan Io sebagai hero teras utama.

Akhirnya Fnatic berjaya memungut mata kemenangan untuk terus menghidupkan peluang menjuarai saingan liga tersebut.

Dalam perlawanan seterusnya nanti mereka akan menentang pendahulu liga, Neon Gaming dan pemenang perlawanan tersebut berkemungkinan besar akan dinobatkan sebagai juara Liga DPC Div 1 Asia Tenggara.

Sumber: PGL

#FNATIC #AlwaysFnatic #496Gaming

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you