[#DOTA2] Pasukan Alliance terus dirundung malang dalam saingan DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Eropah Barat selepas mengalami kekalahan ketiga berturut-turut.
Disamping itu juga, skuad bimbingan Jonathan “Loda” Berg dan Leon “Arthur” Lee gagal memenangi sebarang mata dalam ketiga-tiga siri tersebut.
Dalam minggu pertama, mereka tewas 0-2 menentang Tundra sebelum sekali lagi tumpas dengan jumlah mata yang sama kepada Team Secret.
Bersambung ke minggu ke-2 liga, pasukan Alliance tidak mempunyai sebarang perlawanan dan hanya menyaksikan bagaimana pasukan seperti OG dan Tundra terus mendominasi saingan.
Perlawanan menentang Team Liquid tempoh hari yang menyaksikan bagaimana pasukan yang diketuai oleh Nikolay “CTOMAHEH1” Kalchev itu memberikan tentangan yang sengit.
Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang menarik dan masing-masing enggan mengalah menyebab perlawanan berlarutan selama 50 minit.
Team Liquid ternyata lebih bersedia dalam siri perlawanan tersebut untuk memungut mata yang pertama sebelum menutup siri perlawanan tersebut dengan kemenangan bersih 2-0 untuk melonjakkan diri naik ke tangga ke 3 liga.
The grind goes on, time to dig deep to start the climb!
GG’s @TeamLiquid 🐻We’re back on the 28th for the next challenge!🙇#LongLiveAlliance pic.twitter.com/KkO1hlnv5N
— Alliance 🐀 (@theAllianceGG) June 21, 2022
Pasukan Alliance terus terperosok di kedudukan tercorot liga dengan 4 lagi baki perlawanan dan semestinya misi wajib menang kesemua perlawanan bagi memastikan slot untuk mara ke kejohanan PGL Arlington Major 2022 berhasil.
Sumber: Alliance
#LongLiveAlliance #Alliance
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!