Home GAMING | ESUKAN Dota 2 DPC: OG cipta kejutan, Tundra Esports menewaskan Alliance.

DPC: OG cipta kejutan, Tundra Esports menewaskan Alliance.

8

[#DOTA2] Pasukan muda OG cipta kejutan dalam saingan DPC Eropah selepas berjaya menjinakkan pasukan gergasi, Team Secret 2-0 awal pagi tadi.

Pasukan muda OG cipta kejutan dalam saingan DPC Eropah selepas berjaya menjinakkan pasukan gergasi, Team Secret 2-0 awal pagi tadi.
Pasukan muda OG cipta kejutan dalam saingan DPC Eropah selepas berjaya menjinakkan pasukan gergasi, Team Secret 2-0 awal pagi tadi.

Perlawanan yang menjadi tumpuan pada hari pembukaan Divisyen 1 itu telah bermula dengan sangat menarik seawal fasa pemilihan hero bermula.

Clement “Puppey” Ivanov telah meletakkan Grimstroke di lorong tengah disamping membawa masuk hero ikonik, Pudge.

Walaubagaimana pun OG lebih bersedia dengan Ammar “ATF” Al-Assaf bersama Timbersaw beliau telah mendiamkan hampir kesemua penyokong Team Secret yang menonton siaran langsung perlawanan tersebut.

46 minit diperlukan oleh skuad muda tersebut untuk membenam cabaran lawan mereka dengan kiraan kills 38-9 bagi memenangi mata yang pertama.

Tersentak dengan itu, Team Secret terus memperkemaskan draf hero mereka dan kali ini mereka tampak lebih serius dalam permainan kedua.

Namun OG sekali lagi menunjukkan bahawa mereka bukanlah calang-calang pasukan biarpun masih di usia muda.

Kali ini Artem “Yuragi” Golubiev menjadi tunjang kebangkitan pasukan selepas Templar Assassin yang digunakannya telah mengoyakkan semangat pasukan lawan.

Permainan yang rakus dan garang ditunjukkan beliau gagal dibaca oleh Team Secret dan akhirnya terpaksa akur tewas sekali lagi kepada mereka dan memberikan kemenangan yang sangat penting dalam saingan DPC musim ini.

Mencatat KDA keseluruhan 28/0/22 dalam siri perlawanan tersebut, Yuragi dinobatkan selaku pemain terbaik di hari pertama.

Terdahulu satu lagi kejutan berlaku apabila Tundra mudah menundukkan Alliance juga dengan mata 2-0 yang melihatkan bagaimana taktikal pasukan tersebut draf hero yang sama dalam kedua-dua permainan nyata mendatangkan hasil yang baik.

DPC Eropah akan bersambung lagi dengan Team Liquid akan bertemu pendatang baru Divisyen 1 iaitu COOLGUYS pada jam 10 malam ini.

Sumber: OG

#DreamLeague #DPC #DreamOG

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!