GAMING | ESUKAN Dota 2 DPC: Peluang Alliance ke Arlington Major semakin kabur.

DPC: Peluang Alliance ke Arlington Major semakin kabur.

-

[#DOTA2] Peluang untuk pasukan Alliance layak ke kejohanan PGL Arlington Major 2022 semakin kabur apabila mereka tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan liga DOTA 2 Pro Circuit (DPC) zon Eropah Barat.

Peluang untuk pasukan Alliance layak ke kejohanan PGL Arlington Major 2022 semakin kabur apabila mereka tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan liga DOTA 2 Pro Circuit (DPC) zon Eropah Barat.
Peluang untuk pasukan Alliance layak ke kejohanan PGL Arlington Major 2022 semakin kabur apabila mereka tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan liga DOTA 2 Pro Circuit (DPC) zon Eropah Barat.

Segalanya serba tidak menjadi buat skuad bimbingan Jonathan “Loda” Berg itu pada musim ini dan mereka kini di ambang penyingkiran ke Divisyen 2.

Bertemu dengan pasukan pendatang baru Divisyen 1; Goonsquad yang juga dibarisi oleh beberapa bekas pemain Alliance itu sendiri antaranya ialah Gustav “s4” Magnusson dan juga Simon “Handsken” Rasmus-Haag.

Siri perlawanan best of 3 itu bermula dengan Alliance membawa masuk gandingan Lifestealer dan Tusk manakala Goonsquad pula menggunakan kombo Jakiro dan Juggernaut.

Perlawanan bermula sangat sengit pada awalnya namun Goonsquad tampak lebih bersedia dan berjaya memenangi mata yang pertama dalam masa 39 minit.

Bersambung ke peta yang kedua, giliran Alliance pula menggunakan Jakiro tetapi sayangnya ketua pasukan, Nikolay “CTOMAHEH1” Kalchev kurang berfungsi bersama hero tersebut.

Selepas 37 minit perlawanan berlangsung, akhirnya Alliance akur dengan kewibawaan Handsken yang membawa Goonsquad memenangi siri perlawanan tersebut dengan mata 2-0.

Kini hanya pasukan dari Sweden itu sahaja yang masih gagal memenangi sebarang mata dan mengharapkan 3 perlawanan selepas ini menentang  Gaimin Gladiators, OG dan Entity boleh diterjemahkan dengan kemenangan.

Sumber: DreamHack DOTA

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Champions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2022 yang berlangsung di kota Istanbul, Turki itu diteruskan dengan 3 pasukan iaitu Leviatan, OpTic Gaming serta DRX sudah melepasi peringkat kumpulan.

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you