GAMING | ESUKAN Dota 2 DPC: Team Secret terus tempang tanpa YapzOr.

DPC: Team Secret terus tempang tanpa YapzOr.

-

[#DOTA2] Prestasi Team Secret terus merudum apabila mereka sekali lagi tewas 2-1 dalam saingan liga DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Eropah Barat dan kali ini di tangan pasukan Entity.

Prestasi Team Secret terus merudum apabila mereka sekali lagi tewas 2-1 dalam saingan liga DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Eropah Barat dan kali ini di tangan pasukan Entity.
Prestasi Team Secret terus merudum apabila mereka sekali lagi tewas 2-1 dalam saingan liga DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Eropah Barat dan kali ini di tangan pasukan Entity.

Sebelum turun ke gelanggang, pasukan yang diketuai oleh Clement “Puppey” Ivanov ini sudah mencatat 2 kekalahan dan hanya berjaya memperoleh 1 kemenangan sahaja menerusi kejayaan membenam pasukan Alliance.

Sekali lagi beraksi tanpa Yazied “YapzOr” Jaradat yang masih dalam proses penyembuhan, Team Secret mengekalkan khidmat Baqyt “Zayac” Emiljanov selaku pemain gantian.

Team Secret bermula garang dalam siri perlawanan tersebut apabila mencatat kemenangan mudah dalam permainan pertama yang berduarsi selama 35 minit sahaja.

Tersentak dengan kekalahan tersebut, pasukan Entity memperkemaskan corak draf mereka dan membawa masuk kombo menarik Enigma dan Winter Wyvern.

Hasil daripada gandingan tersebut, pasukan Entity berjaya menyamakan kedudukan dengan kemenangan dalam permainan kedua itu.

Vladislav “Kataomi” Semenov yang menggunakan Winter Wyvern telah mencatat jumlah kills tertinggi iaitu sebanyak 15 dan merupakan antara rekod yang tinggi bagi posisi sokongan untuk satu peta dalam saingan liga kali ini.

Team Secret yang terus tertekan telah memberikan hero kegemaran Daryl “iceiceice” Koh iaitu Timbersaw dalam permainan penentuan dan mengambil Enigma untuk Zayac bagi menghalang lawan mereka menggunakan kombo yang sama sekali lagi.

Namun usaha mereka gagal apabila mereka tidak dapat mengekang Puck yang digunakan oleh pemain tengah Entity, Daniel “Stormstormer” Schoetzu yang ‘hidup abadi’ sehingga menamatkan permainan dengan kemenangan.

Kekalahan 1-2 itu telah meletakkan Team Secret ditangga kedua tercorot liga berbeza satu kemenangan dengan pasukan Alliance.

#ENTITYEU #SecretFighting #TeamSecret

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Champions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2022 yang berlangsung di kota Istanbul, Turki itu diteruskan dengan 3 pasukan iaitu Leviatan, OpTic Gaming serta DRX sudah melepasi peringkat kumpulan.

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you